Total Pageviews

Friday, 27 November 2015

ADAB MENUNTUT ILMU

Saya sudah lama terpaut dengan sajak yang pernah di dendangkan oleh Usman Awang di alam persuratan suatu ketika dulu… semasa itu, masih tiada muka buku yang cantik dan kecanggihan teknologi masih terbatas.
“Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya bermula oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabar nya mengajar tulis-baca..”
Perjalanan saya menuntut ilmu bermula di bangku sekolah yang masih rendah tahap kesedaran tentang kepentingan pendidikan khususnya pada kaum wanita pada masa itu. Tapi saya cekal kan hati, kuatkan semangat untuk terus ke sekolah kerana saya terlalu meminati profesion seorang guru ketika itu. Tugas mereka cukup mudah. Mereka mengajar apa yang kita tidak tahu. Bermula dari tidak tahu membaca, sehingga kerap dirotan di tapak tangan, disuruh berdiri atas kerusi sebagai denda tidak menghafal sifir, selalu dipiat telinga kerana tidak siap kerja sekolah… tapi, yang seronoknya masa itu, kena marah cikgu pun tak pernah simpan dalam hati. Takut lagi nak lapor pada orang tua sebab kesannya, makan penampar sebiji lah sebab degil sangat! Lebih baik diamkan saja.
Dari bangku sekolah menginjak sekolah menengah, proses pengajaran dan pembelajaran tetap entitinya sama iaitu seorang guru. Guru pun manusia dan sedikit demi sedikit saya rasa tanggungjawab seorang guru itu cukup sukar. Saya katakan sebegini sebab saya nampak karakter yang dizahirkan mereka semasa dalam kelas dan semasa di luar tempat kerja cukup berbeza. Mereka lah pelakon yang paling hebat! Perasaan berat ini lah yang mengubah cita-cita saya. Saya tidak mahu menjadi seorang cikgu sebab saya tidak memiliki ketenangan, kesabaran yang cukup tinggi dan ,mempamerkan senyuman sedangkan permasalahan peribadi sudah menunggu di pagar sekolah!
Ucapan selamat pagi cikgu adalah satu mukadimah ringkas sebelum memulakan pembelajaran dan terima kasih cikgu sudah jadi kemestian kerana semua pelajar inginkan berkat ilmu yang diterima dari guru mereka semasa itu.
Senario ini mulai berubah apabila saya memijak universiti. Budaya ucap selamat pagi dan berterima kasih dilakukan oleh pensyarah. (pensyarah dan guru adalah orang yang sama, mereka pendidik). Apa salahnya jika kita ucapkan selamat pagi seperti di bangku sekolah? Malu? Atau mungkin kita sudah terlalu hampir sebaya dengan si pensyarah itu? Ini mentaliti kelas berapa?
Keberkatan menuntut ilmu itu sudah mula hilang. Apa guna pointer mencecah 3.8 (macam hamba allah, yang perform dalam sistem kementerian kita ini), kalau berkat ilmu yang dia dapat tidak dapat dilihat pada masa kini melalui kewarasan dalam penzahiran kata-kata? Kita kecilkan skop kita. Dengan pointer kita yang cukup hebat itu, adakah kita rasa pensyarah kita berpuas hati dengan pencapaian kita? Adakah sepanjang kita menuntut ilmu setiap semester, kita merasa mudah untuk menuntut ilmu? Saya rasakan tidak.
Kita sudah lupa untuk berdoa!
Ceritanya begini. Sebelum kelas bermula, selalunya pensyarah ucap selamat pagi. Kita pula masuk kelas, hanya tengok saja pensyarah bercakap di depan. Sekadar tengok. Kalau nak jawab salam pensyarah pun berat sebab dalam mulut ada seketul emas. Sampai ke satu tahap kita pun tidak tahu apa yang cuba disampaikan oleh pensyarah sebab fikiran menerawang ke arah berlainan, tugasan belum taip sepatah ayat pun sedangkan dateline sudah hampir. Akhirnya, pensyarah itu pun beredar. Ada yang sempat ucap terima kasih. Amazingly, kita pun jawab dalam keadaan out of mood sebab kawan sebelah kita cakap…lecturer tadi bagi tugasan baru. Balik bilik waktu petang, asyik seret beg sebab tugasan makin bertambah. Aduhai!
Kita sudah lupa berdoa!
Bismillahhirrahmannirrahim, allahummaftah’ alaina hikmatakawan syur’alaina nir khoza iniroh matikaya arhamarrohim…
Doa penerang hati yang cukup ringkas sebelum memulakan kelas. Cukup mudah dibaca semua pelajar beragama Islam. Permasalahan timbul bila ada pihak yang berkata, tidak perlu baca doa sebelum belajar sebab orang bukan Islam lebih ramai dari yang islam dalam satu komuniti itu. Jadi apa rasionalnya baca doa penerang hati? Ada lagi persoalan yang timbul; siapa yang nak mengetuai pembacaan doa sedemikian? Saya hairan. Class representative atau paling sedap kita panggil, ketua kelas tak boleh buat ke? Lainlah kalau class representative itu bukan islam, tetap ada alternatif untuk melantik ketua yang mengetuai doa sebelum memulakan kelas secara bermusyawarah. Atau, paling baik, ada lelaki yang sukarela mengetuai bacaan doa itu. Tapi keadaan ini sangat jarang berlaku. Sifat sukarela itu macam terkambus dibandingkan zaman lelakii  5  tahun yg lalu yang masih ada aura kelelakian dan keberanian untuk melebihi wanita dalam segala aspek kehidupan. Adakah mereka-mereka ini mahu perempuan yang baca doa penerang hati dalam kelas memandangkan mereka ini pun tidak habis sepuluh jari kalau dihitung bilangan dalam kelas. Saya andaikan, mereka berkahwin kelak… mereka tak endah peranan sebagai seorang imam dalam sebuah keluarga. Atau mereka ini hanya memberatkan tugas seorang imam semata mata dan membaca doa penerang hati dalam kelas, sebelum kelas bermula adalah isu picisan yang tidak patut diperbesarkan.
Panjang pula kalam kali ini. Memang saya mengutuk mereka yang bercakap berapi-api persoalkan kedudukan agama pada masa kini, tetapi menzahirkan syiar islam dalam sebuah kelompok yang terlalu minoriti islam itu, tidak dapat dilakukan. Jangan mengambil mudah, kata duduk di negeri yang amalkan budaya liberalisasi termasuk soal agama lalu syiar islam pun tenggelam ditelan peradaban berbanding ajaran sunah.




No comments: