puisi ini saya karang untuk bantu seorang teman saya dalam projeknya menyiapkan 50 puisi bagi penulisan kretifnya. mulanya memang tak nak tapi bila dia offer nak belikan serunding daging dari kelate, saya telan air liur...memang tidak boleh tolak lah. saya pun siapkan seberapa segera dalam satu malam. terhasillah 10 puisi yang tidaklah sehebat mana. banyak penzahiran emosi negatif. dan memang tak baik dibaca oleh mereka yang berjiwa realistik. apa apa pun, enjoy ye...
Kemanusiaan Yang
Terhakis
Langit
Memberat Terkandung Air
Hujan
Tidak Sampai Ke Muka Bumi
Lantai
Alam Sudah Semakin Haus
Seumpama
Hati Yang Kering
Apabila
Cinta Tidak Pernah Membasahi
Dan
Alam Membahang
Bertompok
Isu Kemanusiaan
Yang
Menuntut Pertumpahan Darah
Kuning
Sudah Menggantikan Hijau
Angin
Yang Bertiup Tidak Gagah
Dinding
Konkrit Memagari Tamadun Kota
Sehingga
Tiada Ruang
Untuk
Pokok Kebaikan Tumbuh Menjalar
Yang
Ada Hanya Keakuan
Yang
Membatas Naluri Insan
Tertinggal
Di Belakang
Luka Yang Tersalah
Apabila
Kau Salah
Pengabdian
Kau Pada Maaf
Setiap
Huluran Tangan Mu
Pincang
Di Mata Mereka
Dan
Akal Waras Tercicir
Dari
Landasan Rasional
Kau
Dengar Mereka Tertawa
Kau
Dengar Mereka Mencerca
Menjadikan
Kau Terasing Dan Terpinggir
Dari
Lautan Kemanusiaan
Lalu
Kelukaan
Itu Menjadi Parut
Sejarah Di Lupa
Apabila
Sejarah Dilupakan
Adap
Tercicir Di Belakang
Manusia Bertuan Nafsu
Menyalak Di Muka Buku
Memberi Peluang Anjing-Anjing Melolong
Menikam Sistem Sedia Ada
Dengan Lidah Setajam Pedang
Dalam Kuasa Media Fantasia
Apabila Sejarah Dilupakan
Pemimpin Berhati Kering Merajai Alam
Drama Swasta Bermaharajalela
Bersepah Momokan Para Menteri
Walaupun Perjuangan Ini Tanpa Titisan
Darah
Janji Seperti Tanam Tebu Di Tepi Bibir
Bermanis Bicara Canda
Sedang Rakyat Jelata Papa Melata
Apabila Sejarah Dilupakan
Laungan Propaganda Tenggelamkan Takbir
Buah Catur Itu Adalah Golongan Bawahan
Dan Permainan Tidak Pernah Berhenti
Memakan Abad Dan Dekad
Hanya Penggerak Buah Catur Silih
Berganti
Berhenti Sejenak Mengatur Strategi
Dan Sejarah Baru Pun Terlukis
Alam
Sudah Berbicara
Alam Ini Sudah Meradang
Pabila Kerak Bumi Berdansa
Tekanan Sang Bumi Terlepas Binasa
Satu Gegaran Kejutkan Deria Kemanusiaan
Bangunan Bergoncang Konkrit Pun Retak
Dinding Berlaga Sesama Sendiri
Melukis Wajah Gusar Pada Warkah Tua
Kaki Langit Bersuara Geruh
Menggegar Tangkai Hati
Ketakutan Mencanak Di Lubuk Fikiran
Tanah Sudah Tidak Meresap Air
Dan Berlakulah Larian Air
Merempuh Segala Batasan
Menghanyutkan Kemegahan Manusia Kerdil
Apabila Alam Kembali Tenang
Muka Bumi Sudah Berubah Wajah
Dan Manusia Mula Sedar
Alam Sudah Mula Berbicara
Pacakkan
Emosi
Hidup Sebagai Manusia
Selalu Dijengah Keletihan
Selalu Otak Gagal Menimbang
Selalu Emosi Memberat Tubuh
Dan Bala Pun Muncul
Bersama Amarah Dan Kecewa
Diri Melanggar Limit Kemanusiaan
Tingkah Laku Tidak Terbatas
Gerak Bicara Tidak Berlapik
Memaksa Realiti Semakin Sempit
Menimbulkan Ketakutan Bukan Sedikit
Harapan Pun Meminggir
Lalu Terfikir Sejenak
Salah Kah Manusia Terlupa
Berpaling Melihat Jejak Langkahnya?
Fitrah
Manusia
Bercakap Tentang Allah
Dan Kepada Allah Itu Berbeza
Laluan Manusia Itu Sama
Merentas Alam Rahim Dan Dunia
Pengakhirannya Adalah Taman Barzakh
Yang Berbeza Adalah Relatif Masa
Singkat Atau Cepat
Sepantas Apa Manusia Berjalan
Dan Titik Noktahnya Di Dunia
Tinggal Persoalan
Jadilah Manusia Yang Ingat
Asal Usul Kejadian Adam
Hawa Hanya Pendamping
Dan Kita Semua Tetap Sama
Dunia
Ini Ada Pemiliknya
Apabila Pimpinan Salah
Di Bawah Pemimpin Salah
Disiplin Mula Menghilang
Melayakkan Kita Dipanggil Biadab
Sehingga Manusia Pendidik
Dipandang Enteng
Sehingga Kita Lupa
Dunia Yang Ingin Kita Rebut
Sudah Ada Pemiliknya
Aliran
Perasaan
Kegembiraan Adalah Ciptaan Hati
Sama Seperti Garis Kedukaan
Semuanya Lahir Dari Hati
Menzahirkan Drama Kehidupan
Yang Lebih Manis
Kita Lahir Sebagai Manusia Bersalah
Yang Tubuhnya Membahasakan Permintaan
Akal
Akhirnya Silap Dan Luka Membentuk
Jalinan
Terukir Dalam Hati Yang Keras
Bila Sudah Dewasa
Tidak Mahu Menatap Tanah
Insaf Mengalir Dalam Salur Darah
Bila Uban Menjengah Ubun
Adalah Tanah Yang Sama
Untuk Kita Letakkan Kaki
Adakah Langit Izinkan Doa Kita
Melepasi 7 Petala?
I
Am Already Done
What I Am Done Before
Make You Happy Today
But What You Have Done
Make Me Cry A Lot
I Won’t Ask You More
Well Done, Friend
You Give Me Heartbreak
You Blind Me
You Deaf Me
You Silence Me
Then Neither Sorry Nor Empaties
I Chose To Win The Race
Because Since We Born
Live Is Not Enough
To Love Each Other
Because I Know
Love Me Or Hate Me
Both Are My Favor
If You Love Me
I Always On Your Heart
If You Hate Me
I Will Always Be In Your Mind
Sakit
Jiwa
Apabila Sakit Hati Menyelaputi Hati
Mesra Itu Sudah Hilang
Ukhuwah Diputuskan
Mematikan Senyuman Setiap Wajah
Hiduplah Perasaan Saling Memusuhi
Tidak Mahu Melihat Lantai
Hanya Mahu Menongkat Langit
Kerana Hati Yang Bernafsu
Tidak Dijentik Perasaan Kesal
Garit Luka Di Dasar Hati
Terpendam Dalam Alam Separuh Sedar
Bangkitnya Suara Hati Mencari Keadilan
Tetap Perasaan Salah Yang Dipalu
Sehingga Jasad Itu Reput
Bersama Hati Yang Semakin Mengering
No comments:
Post a Comment