Total Pageviews

Thursday, 5 November 2015

MODE: PANTUN LIBAS MELIBAS

AHAD, NOVEMBER 1, 2015…
 Kelab kesayangan aku telah buat perjumpaan mingguan. Thanks to timbalan pengarah, cik fiza yang perform menganjurkan pantun inter-kelab orator. Aku tak lah perform mana dalam menjayakan pantun pada malam itu, cuma apabila dapat bersatu dengan kumpulan ini, aku dapat menzahirkan tawa aku tanpa kepura-puraan. Mereka dalam kelab ini lebih memahami aku berbanding mana-mana persatuan atau kelab yang aku sertai. Mereka semua ada tugasan dan komitmen lebih berat dalam pengajian mereka dan masih mampu berpeluang menzahirkan tenaga dan idea dalam mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh kelab mahupun ums. Aku sayang mereka. Dan, apabila aktiviti berpantun ini dilakukan, banyak aspek yang dinilai untuk melabel individu atau kumpulan mana yang hebat berpantun. Bagi aku, cara ini sudah cukup memberi peluang untuk individu dalam kumpulan ini berkumpul bersama dan menzahirkan emosi melalui aspek tingkah laku, emosi dan idea yang tidak pernah kering. Berdrama? Sudah tentunya ada tetapi itulah resam dalam pergaulan. Aku coret semula pantun libas melibas antara 4 kumpulan pada malam itu. Salah tatabahasa atau pembayang? Komen ja, boleh aku edit kalau ada masa kelak. Chaooo…

PANTUN MERAPU ORATORIAN

Berbulan Madu Ke Seberang Perai,
Keluarga Mertua Sambut Berperisai,
Putus Cinta Bercerai Berai,
Ke Mana Pergi Cinta Menghilang?

Ada Lelaki Juga Wanita,
Duduk Di Taman Berlapang Dada,
Hilangnya Cinta Entah Ke Mana,
Tepuk Dada Tanyalah Selera.

Ikan Dugong Berenang Bersama,
Penunjuk Arah Pelayar Purba,
Susah Senang Sama-Sama,
Persahabatan Kita Ibarat Apa?

Raja Pasai Telah Menyerah,
Selepas Diserang Megat Rama,
Sahabat Itu Ibarat Anugerah,
Susah Senang Diharungi Bersama.

Gulai Santan Asam Dan Garam,
Penyedap Rasa Gulai Gelama,
Sesama Sahabat Pelbagai Ragam,
Bagaimana Kawal Dari Berdrama?

Mana Nak Sedap Gulai Gelama,
Lupa Letak Aji Hilanglah Sedap,
Elakkan Diri Dari Berdrama,
Rajinkan Diri Belajar Mencerap.

Puteri Ledang Di Ruang Riadah,
Sultan Melaka Datang Bertandang,
Cinta Itu Sungguh Indah,
Cinta Apa Bawa Ke Syurga?

Api Membakar Hingga Ke Senja,
Kayu Terbakar Habis Semuanya,
Cinta Kekasih Cinta Dunia,
Cinta Mak Ayah Hingga Ke Syurga.

Tanah Sekangkang Tanam Tembakau,
Tembakau Dicabut Tanam Di Pasu,
Kalau Sudah Hati Kacau,
Apa Ubat Hati Yang Galau?

Tembakau Dijemur Dibuat Kirai,
Kirai Dijual Di Pasar Nyonya,
Jiwa Kacau Makan Diri,
Ingat Pada Tuhan Itu Ubatnya.

Hitam-Hitam Si Buah Manggis,
Isinya Manis Bualan Orang,
Cinta Antara Pasangan Sejenis,
Kenapa Tidak Diterima Orang?

Di Tepi Pasar Tanam Melati,
Melati Mekar Harum Pekat,
Kalau Anda Insan Sejati,
Cinta Sejenis Allah Laknat.

Buah Nangka Di Tepi Pagar,
Menanti Rebah Pagar Nan Usang,
Raja Lawak Kini Popular,
Ke Mana Pergi Senario Menghilang?

Pasar Usang Dimamah Usia,
Ganti Yang Baru Apa Susah,
Senario Ada Tidak Ke Mana,
Di Usia Tua Bertaubat Di Rumah.


Mahkota Belian Idaman Permaisuri,
Beratus Masihi Disimpan Lama,
Jelitawan Dunia Wajah Berseri,
Benarkah Ratu Cantik Idola Wanita?

Buah Persik Dari Syurga,
Dimakan Wanita Di Taman Duniawi,
Ratu Cantik Memang Idola,
Bila Cantik Akhlak Dan Budi Pekerti.

Ke Pekan Beli Sebungkus Bahulu,
Bahulu Dimakan Bersama Keluarga,
Maria Mercedes Cerita Dahulu,
Ke Mana Menghilang Semua Telenovela?

Bahulu Dahulu Sedap Disalai,
Dijual Sekampung Guna Raga,
Rancangan Tv3 Sudah Pelbagai ,
Telenovela Diganti Dengan Akasia.

Berlatih Ketawa Berdekah-Dekah,
Ketawa Bagai Dirasuk Syaitan,
Cerita Dongeng Bersepah Sepah,
Adakah Masih Mendapat Sambutan?

Zaman 60-An Zaman Ronggeng,
Tak Kira Usia Tua Dan Muda,
Cerita Cinderela Meskipun Dongeng,
Masih Ditonton Rakyat Jelata.

Anak Tupai Main Pelita,
Patah Kaki Tersepit Pagar,
Apabila Cinta Kepalang Meraja,
Kenapa Ibu Bapa Sanggup Dilanggar?

Kesian Sungguh Si Anak Tupai,
Patah Kaki Jatuh Tertonggeng,
Sayang Mak Ayah Jangan Di Abai,
Derhaka Si Anak Jadilah Tanggang.

Lautan Api Sanggup Direnangi,
Sanggup Jua Direda Sang Salju,
Kalau Cinta Boleh Dikongsi,
Kenapa Wanita Tidak Mahu Bermadu?

Cinta Adam Dan Hawa Dijanjikan Syurga,
Hikayat Ditulis Tanpa Orang Ketiga,
Hidup Bermadu Batin Terseksa,
Suami Tak Adil Jawabnya Ke Neraka.










No comments: