System My Student Development Point (MySDP) adalah satu usaha yang direka khas untuk menggalakkan dan merekodkan penglibatan serta kehadiran mahasiswa dalam mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh universiti atau mahasiswa itu sendiri. Disamping menyelaraskan My3S dikalangan pelajar iaitu pemantapan insaniah para pelajar universiti dalam 7 eleman yang disarankan oleh kerajaan iaitu terdiri daripada Kemahiran berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah, Kemahiran Kerja Berpasukan, Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat, Kemahiran Keusahawanan, Moral dan Etika Professional, dan Kemahiran Kepimpinan.
6 OBJEKTIF UTAMA
- Mewujudkan Sijil Kompentensi bagi pembangunan sahsiah mahasiswa.
- Merekodkan pengalaman dan penglibatan mahasiswa dalam apa-apa jawatan yang dipegang
- Merekodkan peringkat pencapaian aktiviti dan pencapaian mahasiswa sepanjang pengajian.
- Menggalakan kehadiran lebih ramai mahasiswa untuk setiap aktiviti yang dianjurkan.
- Perakuan kerjaya sepanjang penglibatan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh universiti
- Penghargaan atas sumbangan kepada aktiviti mahasiswa
Start konvokesyen tahun 2015 ini, ada sudah dimasukkan markah sdp dlm transkrip yang kalian terima ketika graduate kelak.
Jadi adik adik sekalian better kamu update & perjuangkan sdp kamu yah. Banyak tu kes yg join program, tapi point tak masuk. So make sure lepas join mana-mana program, mesti update dengan pegawai yang in charge sdp point. of course lah kena tunjuk sijil dan isi borang tuntut sdp point.
start today, jangan ambik ringan apa-apa aktiviti yang korang join di peringkat universiti. inshaallah, tidak ada yang mustahil jika anda perjuangkan hak anda menuntut sdp point dan sijil penyertaan bagi setiap aktiviti yang universiti anjurkan.
saya tak seaktif mana, setakat semester 3 ini... sdp point saya baru mencecah 30 markah. sangat kurang memuaskan. untuk mencapai tahap baik, perlukan pengurusan dan perlaksanaan masa yang lebih efficient lagi. of courselah sebagai student, kita akan terbeban dengan sistem kuliah dan assignment yang boleh menggugat keberlangsungan pengajian kita jika CGPA setiap semester asyik rendah saja. aktif itu boleh, tapi jangan sampai gagal sebagai pelajar yang bijak mengendalikan masa.
Skema Permarkahan MySdp Point :
0 = lemah
1 - 40 = kurang memuaskan
41 - 80 = baik
81 - 100 = sangat baik
100 keatas = cemerlang
http://hepa.ums.edu.my/mysdp/
jangan cakap hakak tak payung!!
No comments:
Post a Comment