Total Pageviews

Sunday, 12 July 2015

Ramadan ini...cukuplah bagiku

Raya sudah hampir dekat. Org lain masing masing sibuk menghitung detik & hari utk balik ke pangkuan keluarga untuk beraya. Tiket telah dibeli,  perancangan cuti raya telah tersusun rapi, fizikal & mental gagah bersedia. Tidak kurang pula ada yg membayangkan gambaran kegembiraan ketika hari raya bersama keluarga tercinta. Tersenyum lebar aku melihat gelagat mereka satu persatu. Aku? Tidak pasti arah mana hendak ku pergi ketika cuti raya.  Seolah2 tiada hala tuju. Hingga aku pernah terfikir untuk duduk di kampus sepanjang cuti raya dan sehingga detik ini masih terfikir utk tinggal di kampus. Entah mengapa seolah2 aku merasakan bahawa aku tidak perlu ke mana2 untuk cuti kali ini. Entahlah, mungkin mainan perasaanku semata-mata. Melihat senyuman rakan2ku yg lain utk balik kampung buatkan mataku berkaca2 menahan butiran mutiara daripada jatuh ke pipi namun tetap ku pamerkan senyuman yang paling indah buat mereka agar merek tetap bersemangat berjumpa keluarga masing2. Pernah juga aku memujuk hati dan perasaan ku sendiri dgn mengatakan "Adam, koe kuat kan. Tinggal keseorangan adalah pkara biasa bagi koe kan. Koe kan da lalui semua ni". Lantas, mataku dibanjiri bagai empangan pecah yang mana airnya mencurah dengan deras dan ganas. Aku genggam tanganku semahunya dan tangan kananku menepuk2 dadaku dan berkata "Sabarlah jiwa, tenanglah hati tabahlah diri. Ini semua dugaan dari Ilahi. Ingatlah bahawa Allah tidak membebankan umatnya melainkan dgn kemampuannye"...Xpe.. Allah Maha Mengetahui..
.............................
-Adam Muhibullah

Itu adalah luahan seorang mualaf. Sahabat aku. Aku kenal dua orang mualaf lelaki yg jalan hidup mereka terlalu berliku. Aku kenal adam muhibullah semasa program kepimpinan mualaf di janda baik, 4 tahun lalu...dia juga seperti aku..mlanjutkan plajaran di sebuah universiti slpas tamat pgajian diploma@sijil di institut dakwah islam perkim, kelantan. Tentunya dia ambil jurusan yg mjurus kepada dakwah islam. Semoga cita2 dia tercapai...
Begitu juga seorg lelaki yg namanya haikal...dia junior aku. Aku kira dia lebih bnasib baik...selepas tamat pengajian di kolej kesihatan swasta, dia mdapat peluang kerjaya yg lebih manis hasilnya.
Aku pula melanjutkan pelajaran di universiti tmpatan dan tentunya masih bgelar student walaupun usia sudah suku abad. Dengan kesibukan sebagai sorg student mjadikan aku ralit dgn hal duniawi dan leka dgn warna warni dunia...jatuh bangun aku sendiri, keluarga mjadi pendorong bila aku rasa lemah...bagaimana aku meneruskan kehidupanku? Itu kuasa Allah yg sudah tetapkan rezekiku sejak azali lagi..dgn IQ yg tidak sehebat mana...aku cabar diri utk bgelar pelajar lagi...saat smua kawan dan lawan mlngkah ke alam perkhawinan, alam pekerjaan...malahan ada yg sudah memliliki kereta sendiri...aku masih berkakai menuntut ilmu. Bila sudah bergelar pelajar universiti, Kekadang kawan kawan pertikaikan kenapa tindakan aku jauh dari kematangan dan kerasionalan, apatah lagi kalau amarah mencanak2...habis semua orang aku persalahkan, malahan aku mula mencipta lawan berbanding kawan..aku tidak salahkan mereka yang salah anggap akan tindakan aku tetapi aku mungkin terlalu tegas...sehingga tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan sebesar zarah...sedangkan kebetulan, suratan dan takdir itu sering berada dalam kronologi kehidupan... Apabila cuti semester menjelang, pastinya apa yang adam rasa...aku turut rasa...aku tidak tahu bagaimana haikal mengisi masa cutinya. Aku dan adam bgelar pelajar, haikal pula seorang pekerja...aku selalu ikut perkembangan cerita mereka...(lebih kurang) dan ternyata jalan yg kami pilih mjanjikan kehidupan yg lebih baik berbanding dulu...itu sudah pasti.
Terdapat konflik dalaman dalam diri seorang mualaf seperti aku. Biasanya apabila seorang mualaf memeluk islam, hanya dia seorang saja yang islam tanpa keluarga lain. Aku tahu ada yang mengharungi bulan ramadan seorang diri tanpa pasti apa yang perlu dilakukan. Belum tentu sahur, belum tentu berbuka, malahan ada yang tidak tahu cara solat terawih. Ada juga mualaf yang dimuliakan keluarga angkat islam yang berusaha menjaga kebajikannya tetapi dalam hati masih padu dengan perasaan rendah diri. Sampai satu tahap, mahu beli baju raya pun tidak larat. Sedang kawan kawan lain kecoh nak balik raya, aku sendiri pun hadapi dilema nak beraya di mana. Kampung siapa? Sebab keluarga sendiri bukan beragama islam. Tidak sambut raya. Harapkan kenalan, diorang pun ada keluarga sendiri. 
Kemudian, last minit sebelum cuti semester tahun pertama pengajian ku, aku tekad nak balik kelantan. Beli tiket flight last minit tentunya expensive...rasa nak menangis masa nak buat transaction...berbekalkan rasa pentingkan diri sndiri, asalkan dapat beraya dengan keluarga angkat di kelantan, aku cekalkan hati. Ok! Beraya aku di kelantan tahun ni seperti tahun yang sudah. Aku perlukan mereka utk mengharungi bulan ramadan, dan aku perlukan mereka utk sambut beraya meskipun tahun ni xde baju raya..(dah tua macam ni, asal dapat beraya dgn diorg pun dah cukup hebat...ini pilihanku)
Bagaimana jalan cerita ramadan dan raya adam dan haikal? 

No comments: