kesunyian membawa aku menjelajah masa-masa yang sudah berlalu pergi. sudah sekian lama aku berjaya berjalan di muka bumi ini dengan ego penuh di dada. Seolah-olah aku tidak pernah merasa kesulitan dalam setaip rentetan hidupku, dan aku sudah mula muak untuk perasakan titian zahiriah perasaan. kalau mahu marah, marahlah...kalau mahu berdiam...tutup mulut dan biar bahasa badan yang berbicara. aku tidak mahu menipu sesiapa, sebab bukan ada sebarang keuntungan yang bakal aku miliki cuma naluri ingin disayangi kekadang halus menendang sudut hati. aku biarkan perasaan itu hanyut dipuput waktu dan mengharapkan ia tidak kembali mengusik hati lagi. sehingga hari ini, keadaan bergelora itu datang dan pergi begitu saja. dengan membawa prinsip hati..."disayangi itu menyakitkan apabila gagal memberi komitmen..dan ianya meninggalkan luka yang dalam" dan aku memang dianugerahkan kesunyian yang berpanjangan...
aku letih mengagungkan cinta dan persahabatan setelah aku tewas berkali-kali dalam menjayakan hubungan dua hala... bukan tidak mahu mencuba lagi, tetapi, aku sudah lama membawa diri sebegini jauh dari kibaran suka ria kerana ia akan menjadikan aku kelihatan naif di mata mereka. banyak cacat cela bakal diusik dan dihamparkan dan itu bakal menjadikan aku lebih merendah diri kerana tidak ada apa-apa pun pencapaian ku yang membanggakan aku setakat ini. hanya perkara-perkara yang menyakitkan. kejujuranku disalah ertikan, keupayaanku diperendahkan. sehingga aku merasakan lebih baik duduk di gua daripada bertinggung dengan mereka dan merasa azab dihakimi manusia-manusia jalang yang merasakan mereka bijak dalam mengatur kehidupan insan lain.
aku sudah jalankan tanggungjawapku dan tika mereka mengadili aku yang seakan tidak bertoleransi kepada mereka, apa yang mampu aku katakan? biarkan mereka berzumba dengan perangai mereka yang tidak mahu memberikan kerjasama. aku biarkan...
aku tidak pernah meletakkan kepastian dalam permulaan perhubungan lalu untuk apa aku biarkan juga orang lain berharap? biarkan ia pergi mencari yang lain.. mainkan perasaan orang bukan caraku..
kesunyian dengan aku tidak dapat dipisahkan dan aku punya cara tersendiri untuk melakukan perkara yang bisa aku lakukan sesuai dengan kemampuan aku. kalau saja tubuh menolak untuk melakukan...ku kira, sudah sampai masa untuk mengambil waktu untuk segarkan diri.
lalu, aku sendiri tertanya...dengan keadaan ini, mampukah aku teruskan kehidupan aku di luar sana? atau dengan usia yang semakin lanjut, adakah kebarangkalian untuk terus menyendiri itu terlalu tinggi?
lalu..aku, bukan aku saja..kau dan dia letakkan lututmu di tanah...dan berdoalah...
aku masih yakin, ada jawapan dari semua itu.
No comments:
Post a Comment