Total Pageviews

Friday, 1 January 2016

Kenali etnik murut (sabah)

• SUKU KAUM MURUT •

Ada banyak 'Versi' tentang asal usul nama kaum Murut diantaranya ada yang mengatakan bahawa istilah ‘Murut’ berasal dari akar kata ‘purut’ iaitu ‘berian’ atau ‘hantaran mas kahwin’. Ada juga pengkaji berpendapat istilah ini diperoleh dari ‘burut’ iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan berubi yang digemari oleh orang Murut,Sebelum nama ini menjadi popular kaum Murut dikenali dengan berbagai nama yang dikaitkan dengan alam sekeliling.

Masyarakat Murut terbagi mengikut sub etnik
 kepada dua golongan iaitu Murut dataran tanah rendah dan Murut dataran tanah tinggi. Murut dataran tanah rendah terdiri daripada Murut Nabai dan Murut Timugon yang mendiami tanah rata Keningau. 

Manakala Murut tanah tinggi pula adalah golongan yang terbesar mendiami kawasan tanah tinggi di Sabah. Golongan ini di klasifikasikan kepada ;

1) Murut Paluan tinggal di kawasan tanah tinggi berhampiran Sungai Padas di daerah Tenom,berkembang ke Sungai Dalit di sempadan Sook dan berkembang ke barat berhampiran Sipitang. 

2) Murut Dalit yang juga dipanggil “orang bukit” menduduki kawasan Dalit dan Sook dan berkembang di sepanjang Sungai Penawan. 

3) Murut Rundum yang menduduki kawasan persekitaran Sungai Tagul dan berkembang ke utara Rundum.

4) Murut Tahol yang berpindah dari persekitaran
 Sungai Tagul dan menduduki daerah bole, Kemabong ,Tenom dan Tomani. 

5) Murut Kolod di kawasan Bole.

6) Murut Sapulut menduduki kawasan tanah tinggi
 selatan Sook hingga ke Sungai Sepulut dan Murut Pensiangan (Lagungan) yang menduduki kawasan Sapulut, berkembang hingga ke sempadan dan tenggara Serudong dan Sungai Kalabakan . 
Sebenarnya Murut Sapulut adalah dikenali sebagai
 Murut Tagal.

Terdapat Keunikan tersendiri dalam Adat upacara perkahwinan bagi suku kaum murut ,dimana sudah menjadi adat turun-temurun dalam perkahwinan dimana Pihak pengantin Lelaki di kenakan ‘barian sampai mati’.

Dalam pengertian adat “Barian Sampai Mati” ialah
 Barian atau dalam bahasa Melayu “Mas Kahwin” dan dalam bahasa Inggeris “Dowry”. Barian ialah nama yang diberi oleh masyarakat Murut bagi menunjukkan mas kahwin ataupun barang-barang hantaran daripada keluarga pihak lelaki kepada
keluarga pihak perempuan semasa perkahwinan berlangsung.Oleh demikian, “Barian Sampai Mati” bermaksud mas kahwin atau barang-barang hantaran yang dituntut atau diminta oleh keluarga pihak perempuan daripada keluarga pihak lelaki
 bermula dari saat perkahwinan sehingga ke akhir hayat. 

Selain daripada itu, dahulu mereka mempercayai amalan anismisme iaitu setiap pokok, batu, sungai dan bukit mempunyai roh sendiri.

Kini, kebanyakan suku kaum Murut majoritinya beragama kristian. Kaum Murut meraihkan Perayaan #PestaKalimaran.
Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum KadazanDusun yang menyambut Pesta Kaamatan. Ia disambut selepas mereka menuai padi. Sehubungan itu, suku kaum Murut juga terkenal dengan tarian tradisional iaitu Tarian Lansaran dan Tarian Mangunatip.

Pakaian tradisional kaum Murut bagi lelaki ialah dikenali dengan pakaian puputul yang diperbuat daripada kulit kayu. Babaru puputul dipotong mengikut kepanjangan fesyen jaket. Aba puputul pula, cawat sepanjang dua meter diperbuat daripada isi kayu. Tupi sinulatan ialah perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit kayu.
 
Manakala, pakaian tradisional kaum Murut bagi perempuan ialah pakaian mereka lebih terkenal dengan pakaian pinongkolo iaitu baju dan gaun yang panjang berwarna hitam yang dihiasi dengan manik-manik.

'..Bersama memartabatkan Budaya serta Jatidiri Bangsa Borneo..."


No comments: