Total Pageviews

Monday, 22 June 2015

Maafkanlah...

Sedikit perkongsian ilmu untuk mentarbiahkan hati kita yang sering alpa…

Maafkan supaya kita diampunkan.
“dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka allah mengampunkanmu? Dan allah maha pengampun, maha penyayang.” (an-nur : 22)
Maafkanlah supaya allah menjadi sayang.
“dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka) , maka sungguh, allah maha pengampun, maha penyayang.” (at-taghabun: 14)
Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
“jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh.” (al-a’raf : 199)
Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
“tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan mulia.” (asy-syura : 43)
Maafkanlah agar kau termasuk dikalangan orang yang gagah menahan marah.
“menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain..” (ali imran : 134)

Terlalu sayang,

Teman.
Coretan khas buat kak long tersayang...


No comments: