Saja celup idea ini dari
kawan...masukkan dlm entry blog sendiri...akan datang, mudah nak ulang
kaji..jom baca, semoga kita dapat perbetulkan amalan kita...
siapa yang suka tidur lepas subuh
tolong baca .. dan siapa suka tidur lepas subuh then bangon nak solat dhuha pon
tolong baca .. sentap n muhasabah sesamer .. takde ruginya..in shaa Allah..
Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang
soleh.
Sedikit perkongsian. Sebelum ini, aku
sempat berjumpa dengan seorang soleh.
Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah
yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya,
hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara
yang baik.
Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah
laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.
Diberi peluang, aku terus bertanya.
"ustaz, macam mana nak buat supaya
tak tidur lepas subuh?"
Dia menjawabkan,
"tak pernah wujud istilah tidur
lepas subuh".
Ohhh, "jadi ustaz, ape hukum tidur
lepas subuh?
"Kau nak aku jawab dalam mazhab
kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.
Aku bisik dalam hati "ada byk
mazhab ke dia ni?".
Jangan kau nak menyatakan perkara yg
kau tak boleh sorokkan dengan aku.
"Astaghfirullah, dia membaca
lintasan hati aku..."
"maaf ustaz".
Aku cakap dekat dia,
"dua dua mazhab lah
ustaz".
Dia kata, kalau dengan cara hidup kau,
cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau
seperti anjing mati.
Aku nak menangis.
"Tapi kalau dalam mazhab aku, cara
aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!"
Aku senyap.
"kenapa ustaz?"
Dia menjawab, orang yang macam ini
SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah!
Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya
setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama mcm kalau kau
seorang yang jutawan, bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang
miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi
kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia
miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata "dia ni dah
lah miskin nak mampus, sombong pulak tu".
Aku tersentak.
Dia berkata lagi
"orang yang tidur lepas subuh dan
lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi
tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik
semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya
orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".
Allahuakbar.
Bila duduk dengan orang yang setiap
masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa
hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau
Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa.
Allahhh...
Kita ni banyak dosa, bukan setakat
banyak dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi
"orang yang riak kalau bertaubat
Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan
sedangkan itu adalah sifat iblis?
Allahuakbar.
Aku tanya tentang tidur lepas subuh je
dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.
Dia kata lagi
"ramai orang muda kata perlu tidur
lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan
dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"
"Allah dah kata dalam Al-Quran,
siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah
kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang
langgang.
Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?
"Allahuakbar, jauhnya beza
pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan
Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang
boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu. Janganlah
asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala
sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir. Tak salah, tapi carilah
panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.
Sentap beb,,rase macam potong bawang
halus2,,tapi benar setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lpas
subuh,,lantaran itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh,,ku baca surah
al waqiah dan solat dhuha setiap hari,,dan ku rasakan rezeki ku melimpah limpah
smpai aku rasekan,,,ya allah!!!!!Murahnya rezeki MU jika ku tidak tidur lpas
subuh,,
👆 tidur lepas subuh....fikir
fikirkanlah.
👆 👆 👆 peringatan utk diri sdri juga..
No comments:
Post a Comment