Total Pageviews

Wednesday, 22 July 2015

Perempuan lindungan kaabah


Aku mahu menjadi wanita berniqab,
Terlindung dari fitnah kecantikan, 
Terlindung dari fitnah celaan,
Walau cinta pernah butakan aku,
Niqab itu bakal melindungiku,
Dari garis pancaran emosi,
Yang dizahirkan nafsu,
pemilik hati yang sering leka.

Aku mahu menjadi wanita berniqab,
Mendoakan sesuatu yang indah,
Dalam kamar yang suram,
Terlindung dari ajnabi bermata nakal,
Pulau hentian ini didinding doa ikhlas,
Seorang wanita yang lemah,
Yang sering dilambung nafsu kecintaan,
Pada duniawi yang penuh godaan.

Aku mahu menjadi wanita berniqab,
Yang hanya menzahirkan cinta,
Pada yang hak,
Pada si pencipta alam semesta, 
Aku lindungkan semuanya yang menghanyutkan,
Aku himpunkan segala kekurangan,
Biar terkurung dalam bejana, 
Biar hanya aku sendiri yang tahu.

Aku mahu menjadi wanita berniqab,
Mendedahkan hanya sepasang mata yang kabur melihat,
Biar dunia kelihatan samar,
Kerna dosa semalam yang tersurat,
Ada kebetulan yang aku temui, 
Sinar allah masih ada,
Buat wanita pendosa sepertiku,
Takdir telah mendidik aku dengan cahaya-Nya.

Aku mahu menjadi wanita berniqab, 
Kekuatan meninggalkan masa kelam,
Dan dosa semalam yang membejat perjuangan, 
Aku beransur menjadi kuat dalam payung rahmat allah,
Aku bersyukur dan bersujud,
Rentak nafasku masih ada, 
Akan terus aku berharap,
perempuan lindungan kaabah itu pilihan ku.

-bilik kecil
9.16 pm
Telong, bachok.
Kelantan.

No comments: