Total Pageviews

Monday, 3 August 2015

Terima kasih sahabat

TERIMA KASIH SAHABAT
.
Kau da solat ke ?
ko buat apa. Dah study?
kau dah baca Quran?
da makan belom?
Duduk laa elok2 sket. Kasarnya..
Maen game COC ataw game lain xde mslah,jnji kau xabaikan bnde wajib.
ko da study blom?
Meh aku tolong kau buat assignment..
jom gi makan. Aku belanja.
 inilah nasihat yang aku harapkan aku dpt dari insan yang bergelar sahabat. Sebab sahabat adalah org yg blh dipercayai dan sntiasa mdengar masalah aku yg tidak pernah abis..
jika mesej-mesej begini masuk ke dalam inbox ku, aku rasa aku lah orang yang paling beruntung, dikurniakan insan yang bergelar sahabat. Alhamdulillah.
aku tahu Allah sentiasa mengingatkan aku melalui sahabat2 ku. Bila aku baru mengenal huruf dalam membaca Al Quran, Allah datangkan sahabat untuk membantu. Ketika imanku masih setahun jagung,  Allah datangkan ramai sahabat berhati mulia untuk bersamaku dan memberikan kefahaman tentang agama Islam. Moga Allah merahmati kalian.
Memiliki sahabat merupakan sebahagian daripada nikmat Allah. Sahabat sejati amat sukar dicari dan menjadi sahabat sejati juga merupakan perkara yang amat sukar  untuk dilakukan. Maka berhati-hatilah dalam memilih sahabat dan sama2 lah kita berusaha menjadi sahabat yang baik dan memberi manfaat kepada mereka.
Sahabatku, kalian tak jemu tegur & bgi nasihati, fabiayyi ala irobbikuma tukazzibaan.? Maka nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan? Sesungguhnya..ketahuilah  teguran dan nasihat kalian itu mbuatkan aku sedar dan menjadi pendorong  untuk aku berubah ke arah kebaikan.. Mesej2 ringkas  yang aku dapat sering membuatkan ku berasa gembira dan terharu. 
Dah makan? Dah study ?
Simple kan? Tapi amat bermakna. AMAT. Sungguh prihatin sahabat2 ku ini..
Hanya Allah yang layak membalas jasa kalian. Mampukah aku menjadi sahabat seperti kalian menjadi sahabat padaku? Kalau nak cakap tentang agama, aku belum mampu. Terlalu sikit pengetahuanku tentang Islam. Itu pun belajar di kelas2 Muallaf yang pernah aku ikuti. Maafkan aku sahabat.
Pernah aku terjumpa kata-kata  ini..
“Selemah-lemah manusia ialah yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari”
Dan aku takut kalau-kalau akulah orang yang lebih lemah itu….
Maafkan aku sahabat jika aku tidak mampu menjadi sahabat seperti mana kalian menjadi sahabat kepada ku…
Terima kasih atas hadiah yang diberikan,nasihat, kata-kata  semangat,video, buku, ayat2 al-quran, ajak datang rumah, ajak beraya, mendengar keluhan dan masalah aku, ada disisi ketika susah dan senang,  gembira dan sedih. Semuanya amat bermakna buat aku.. SEMUANYA.
Terima kasih kerana bersabar melayan perangaiku.. Bersabar melayan "kemengarutanku"
huhuhu. Terima kasih juga kerana sering bersamaku ketika susah dan senang..
Jazakumullahu khoiron kathira..Allahu yubaarik fiikum.
Aku berharap aku bisa menjadi sahabat yang baik kepada kalian…Aamiiin.. Ketahuilah… Aku tidak pernah dan tidak mahu melupakan sahabat2ku .. Dan tidak akan melupakan segala kebaikan kalian Insya Allah…


Sincerely, 
#SAHABAT
#TERIMAKASIH

1 comment:

Ayuni Sara said...

susah sudah nak jumpa kawan macam tu :"(