Total Pageviews

Monday, 10 August 2015

Jangan berputus asa dengan nikmat allah

Apa nasihat kita untuk orang yang berputus asa dengan nikmat allah? Pada mereka yang merasakan ujian yang bertimpa timpa? Ujian diberi seiring dengan nikmat. Tidak pernah terpisah. Persoalan kenapa kita diuji sering timbul tapi nasihat yang sering kita dengar adalah bersyukurlah dengan nikmat allah sebab ujian menggugurkan dosa dan hanya orang yang terpilih saja diberi ujian. Orang yang terpilih adalah kita semua kerana kita adalah khalifah di bumi allah, disertakan dengan kita adalah tanggungjawap. Tanggungjawap inilah yang akan membawa ujian yang bertimpa-timpa ke atas kita sesuai dengan kekuatan kita. Allah tidak memberi ujian melebihi had keupayaan kita. Jika kita sering merasa kuat untuk hadapi semua ujian itu, maka kita memiliki motivasi untuk meneruskan kehidupan. Manusia selalu berfikir di luar kotak pemikiran. Jika persepsinya baik maka hasilnya pasti baik. Keadaan ini mewujudkan aura positif dalam diri. Jiwa tenang, perasaan gembira, rasa bahagia dan tidak lokek dengan senyuman.
Tapi kita jangan lupa. Dalam setiap liku perjalanan kita, kita tidak pernah keseorangan dan kita sering ditemani orang-orang yang hebat untuk menghadapi ujian yang kadang kala tidak terpikul pun oleh kita. Ada ketika kita tidak memerlukan orang yang memiliki tenaga fizikal yang kuat untuk menampung beban ujian itu. Kita sedar kehadiran dia sebagai pendengar yang baik, yang boleh dipercayai dan tidak pernah lokek meminjamkan telinga mendengar masalah kita yang tidak bernoktah sudah cukup meringankan beban masala kita. Itulah namanya sahabat. Saya mengangkat tinggi darjat seorang sahabat dalam entri saya kali ini sebab saya membesar bersama sahabat-sahabat yang hebat. Mereka datang dari keluarga yang sederhana, akademik yang sederhana dan peribadi yang sederhana. Bagaimana mereka menzahirkan emosi yang membantu saya terus tabah dalam setiap ujian? Ada di kalangan mereka yang mencetuskan amarah saya, mereka cabar kewibawaan saya, mereka ragui usaha saya sehingga sampai ke satu tahap...mereka letih untuk zahirkan emosi mereka pada saya. Siapa sangka, cara mereka rupanya mendidik saya menjadi lebih baik dari semalam, sehingga saya tidak mempunyai sebab untuk berputus asa dengan nikmat allah.

No comments: