Dia melangkah bahagia di ruang legar
hospital itu. Hari ini dia mahu melawat kawannya yang kini dimasukkan di
hospital kerana kes langgar lari semalam. Mujurlah kawannya hanya cedera
ringan. Dia menolak pintu bilik wad kawannya. Pada masa itulah dia ternganga
melihat seorang lelaki yang tidak dikenali menekup muka temannya dan melepaskan
tembakan di dada temannya. Darah perlahan mengalir. Lelaki itu terpandang
dia. Dia terus membuka langkah seribu. Lelaki itu mengejarnya. Dia nampak
pistol itu dituju ke arahnya. Tembakan senyap mengenai dinding. Dia cemas. Dia
terus berlari sehingga terlanggar beberapa petugas hospital. Entah bagaimana
lelaki itu boleh muncul di depannya. Beberapa das tembakan mengenai tubuhnya.
Dia rebah. Tetapi dia tetap bangun dan terus berlari ke ruang kecemasan. Lelaki
itu mengejarnya lagi. Pandangannya sudah mula berpinar. Dia menyeberangi jalan,
dan secara automatik sebuah kereta laju merempuhnya. Kepalanya terhentak keras
di konkrit jalan raya. Dia hanya memerhati sahaja lelaki itu menunjukkan syarat
mati padanya. Dia dapat rasakan darah mengalir keluar dari lukanya, dia dapat
rasakan... Pandangannya gelap.
Datuk kasyah memicit kepalanya. Tidak
pernah berlaku dalam sejarah hidupnya, pembunuhan boleh berlaku di salah satu
cawangan hospitalnya. Dia melihat fail peribadi dua mangsa pembunuhan pagi
semalam.. Salah seorang sudah selamat dituntut jenazahnya oleh keluarganya untuk
dihantar ke Malaysia dan salah seorang lagi masih dalam keadaan kritikal.
Berdasarkan dokumen peribadi pesakit, dia merupakan seorang anak yatim piatu yang
masih menuntut di sebuah ipta tempatan. Mangsa yang meninggal di tembak mati di
atas katil pula adalah kawannya. Apa yang dia pasti, kawannya itu pegawai polis
dan selama ini mereka tinggal berdua. Sudah tentu kes balas dendam. Datuk
kasyah mencapai gagang telefon. Dia tidak mahu kes ini mendapat perhatian
media.
Tiga tahun kemudian...
Dia tersedar. Tubuhnya terasa sakit
berbisa. Apabila matanya dibuka, silau. Seorang lelaki berjubah putih memeriksa
anak matanya. Dadanya terasa perit sedikit bila dia menarik nafas dalam. Dia
cuba bangun. Tubuhnya masih berselirat dengan wayar. Dia melihat tangannya.
Cecair nutrient mengalir melalui salur darahnya. Dia terasa pening.
"kenapa saya di sini?" Doktor lelaki itu tersenyum. "cik
kemalangan, dan koma. Cik jangan banyak bergerak. Nanti cik pitam" dia
cuba bangun lagi. "kenapa saya tidak boleh bangun?" "sebab
tisu tubuh cik masih dalam keadaan rehat..2 3 minggu lagi, cik boleh
bangun seperti biasa" dr kareem menyuntik sejenis ubat dalam cecair
intravenanya. Keadaan itu menjadikan dia semakin mengantuk. Akhirnya dia
terlelap. Dr kareem melihat rekod perubatan pesakit itu. Mereka tidak menyangka
akhirnya pesakit yang koma agak lama ini berupaya sedar dari koma. Tapi
besar kemungkinan akan hilang ingatan kekal sebab hentakan dan masa penyembuhan
yang sudah terlewat. Dia perlu bincang semula dengan datuk kasyah tentang
status pesakit ini.
Datuk kasyah melihat dari jauh. Pesakit
itu sudah sedar. Kelihatan bertongkat dan berjalan perlahan lahan di lorong
taman mini hospital. Tidak ramah dengan sesiapa. Pandangannya juga kosong. Dia mengetap
bibirnya. Fail di tangannya digenggam kemas. Selepas ini, jalan cerita pesakit
itu mungkin lebih berbeza daripada zaman silamnya.
Dr kareem meneliti skrin komputer.
Hasil ujian MRI, menunjukkan sedikit 'kecacatan' pada otak pesakit itu.
Dia perlu buat pemeriksaan lagi. Pakar fisioterapi sudah menemui nya dan
memaklumkan perkembangan rawatan fisio pesakitnya itu. Dia berlalu keluar dan
terserempak dengan datuk kasyah. "Datuk...selepas ini apa rancangan
datuk?" fail di tangan diberi kepada datuk kasyah. "aku nak kau
yakinkan dia yang aku ayah dia. Hanya ini saja cara yang boleh aku lakukan
untuk tebus kesalahan aku" dr kareem membelek fail itu sebelum menyerahkan
sebuah foto yang dikeluarkan dari dompetnya. Alangkah terkejutnya dia. Wajah anak datuk
kasyah hampir sama dengan pesakit itu. Ya, kemalangan dulu mencacatkan tulang
muka pesakit itu. Sedikit Pembedahan wajah telah mengubah raut wajah pesakit
itu menjadi seiras dengan anaknya. Kuasa tuhan, siapa yang tahu. Dr kareem
meraup wajahnya. "2 bulan lagi saya akan datang untuk bawa dia balik ke
malaysia..."
***
Malaysia…
Dia melangkah tegap melepasi gerbang ketibaan.
Tidak disangka-sangka, ramai wartawan sudah berpusu-pusu mencuba mendekatinya
tetapi dihalang oleh beberapa lelaki yang sudah bersedia menjadi pengawal
peribadinya. Seorang lelaki mendekatinya, mencapai tangannya dan cuba mencium
jari jemarinya. Direntap tangannya dan dikilas lengan lelaki itu sehingga
lelaki itu berlutut. Satu keadaan yang tidak dapat dijangka oleh lelaki itu. “kamu
siapa?” “errr, ini saya lah, Haq Umar” cepat saja lengan lelaki itu dilepaskan.
“oh…kamu yang disuruh ayah untuk ambil saya di airport…” Haq umar mengangguk.
“kamu kelihatan sangat berbeza…fazu…” dia hanya membisu sehingga lah mereka
tiba di teratak, dan sudah tentu datuk kasyah menyediakan majlis besar-besaran
untuk menyambut kehadiran ‘anaknya’. Semua ahli lembaga syarikat dan kakitangan
seluruh cawangan syarikatnya datang, memenuhi ruang dewan yang luas ini. Dia sebenarnya
mengalami jet lag. Dia tidak boleh lelapkan mata dengan baik sejak dalam perut
pesawat. Tapi, tuntutan ayahnya patut dipenuhi. Silih berganti orang datang
bersalam dengannya setelah ayahnya mengumumkan sesuatu. Dia tidak dapat
menangkap butir bicara ayahnya sebentar tadi. “datuk kasyah asraff!” Seorang perempuan
sebaya dengan ayahnya muncul sambil bercekak pinggang. Muka datuk kasyah kelihatan
blur. “err, fazu… itu mama…” haq muncul entah dari mana, menegurnya.
Datuk kasyah duduk tenang di kerusinya
sedang mama mundar-mandir. “ mama tak faham dengan kamu semua, adik kamu baru
sampai ke Malaysia.. Kamu boleh buat tak endah, tak bagi peluang langsung pun
pada dia untuk rehat.” Fazrin, anak sulung datuk kasyah sudah menguap. Keletihan
memandu dari johor setelah dimaklumkan adik kesayangan mereka baru tiba dari
london, adik yang terlalu degil sehingga membawa diri jauh ke amerika, sehingga
mama mengharamkan nama fazu disebut depannya. Mama hanya berubah apabila ayah
mereka maklumkan adik mereka kemalangan dan masih dalam proses penyembuhan. 1
tahun tidak bertemu dengan adik mereka, fazu kelihatan agak matang walaupun
wajahnya kelihatan tidak berperasaan. Fazu menaik hujung baju mama. “mama, adik
nak rehat. Ayah tentu ada alasan buat semua ini. Maafkan ayah ye, mama” lemah
saja suara fazu. Mama mengeluh seketika. Sebenarnya dia tidak tahu bagaimana
mahu menzahirkan emosi depan fazu. Setahun dia memendam rasa marah, setahun dia
makan hati… fazu tidak pernah langsung cuba menghubunginya. Hanya ada beberapa
gambar yang menunjukkan kelakuan barat fazu saja yang banyak tersebar di
instagram dan facebook. Fazu seakan akan cuba mencabar dia. Dia mengusap rambut
fazu yang berwarna putih, dipotong agak pendek, dan agak kelihatan sedikit
garis pembedahan di tepi telinganya jika diteliti. “dik nak makan?” Fazu menggeleng
sambil menguap. “adik cuma nak tidur…” direbahkan kepalanya di riba diana, kakak
iparnya. “dah, dah..mari kakak bawa fazu masuk bilik…” tangannya dipimpin,
langkahnya malas mengekori kakak iparnya. Datuk kasyah hanya mampu mengusap
dadanya. Entah sampai bila pembohongan ini terus berlaku. Dia tidak pasti. Mujurlah
anak itu pandai berlakon, gayanya natural dan tidak ada sedikit beza pun dengan
apa yang dia terangkan pada fazu seminggu yang lalu. Cuma, dia terlupa untuk
suruh fazu warnakan rambutnya ke warna hitam. Apa yang pasti, fazu yang ini
tidak akan menyentuh arak, berparti sana sini dan bebas berkelakuan songsang
dengan beberapa orang artis yang berfikiran songsang dan isterinya pasti
gembira. Datin kamsiah melirik jam di dinding. Baru pukul 8 malam. tidak apa,
dia pasti punya banyak masa untuk berbual panjang dengan fazu. diana baru turun
dari tingkat atas dengan sebekas gelas susu di tangannya. “susu itu untuk
siapa, diana? fazu dah tidur?” “dah, mama. dia minta susu suam segelas, untuk
mudahkan dia tidur.” “syukurlah… dulu, nak bagi dia minum segelas pun susah.
dia sanggup teguk air setan itu sebelum tidur…” diana ketawa sebelum berlalu ke
dapur. ibu mentuanya sangat prihatin dengan kebajikan penghuni villa kasyah
ini. semua pembantu rumahnya diarah pulang, tepat pukul 8 pm selepas
menyediakan makan malam. selepas itu, dia sendiri yang akan menyingsing tangan
mengajak anak menantunya bersihkan ruang makan. pada masa-masa keemasan ini lah
mereka boleh bertukar pendapat dan saling berkongsi cerita. dia, asmida dan
farah…semuanya menantu kesayangan mama. tapi sudah setahun fazu menghilang, dan
mereka dapat berita dari datuk kasyah… fazu kemalangan jalan raya akibat mabuk.
datin kamsiah masih berdegil untuk langsung tidak menjenguk fazu di sana. hanya
apabila dua minggu lalu, datuk kasyah balik dan menangis seperti anak kecil
depan mereka mengatakan fazu hilang ingatan secara total. ketika itu datin
kamsiah longlai dalam pelukan anak-anaknya. famie dan fariz sudah tiga hari
berada di Sabah untuk mengurus cawangan empayar mereka. asmida pula sedang
berkursus. farah kembali ke rumah orang tuanya. kalau tidak, pasti malam ini
gamat dengan telatah mereka berenam.
pagi-pagi lagi seluruh vila itu gamat
dengan pekikan datin kamsiah. fazrin bergegas keluar dari biliknya. “mama?”
“fazu hilang. mama cari di biliknya, dia tidak ada!” fazrin berlari laju ke
bilik adiknya. benar, lengang. dia sendiri merasa cemas. “abang cari apa?”
diana muncul di belakangnya. “fazu! fazu mana?” diana menarik tangan suaminya
ke salah satu bilik tetamu di tingkat tiga. kelihatan, fazu masih terlena
tenang diselimuti gebar yang tebal, kedinginan pendingin hawa agak terasa.
datin kamsiah turut muncul. mereka mengeluh kelegaan. “lebih kurang 2 pagi,
diana terkejut bila dia cakap dia nak tukar bilik. dia tidak selesa dengan
biliknya yang asal. diana suruh dia tidur di sini.” diana merenung fazrin
seakan minta sokongan. “tak apalah. yang penting, dia selamat dan tidak ke
mana. esok, abang akan deal dengan kawan abang untuk renovate bilik lama fazu
itu.”
datuk kasyah menelan air liur. peluh
dingin sudah mula menitis di pelipisnya. sarapan pagi yang disediakan adalah
nasi lemak, dan dia yakin fazu tidak pernah makan makanan Malaysia yang lebih
berlemak dan berminyak seperti ini. dr kareem pernah maklumkan diet ketat yang
fazu lalui selama ini. sarapannya adalah cereal, dan pagi ini sekotak cereal
pun tidak ada dalam simpanannya. “fazu, lepas ini ikut ayah ke pejabat. ada
perkara yang kita perlu bincang, berkenaan main office di sini…ayah nak kamu…”
“datuk kasyah asraff! macam tiada hari lain bincang fasal kerja. bagilah budak
ni rehat dulu.” “datin, bila lagi fazu nak belajar kalau bukan masa sekarang.
umur dia pun bukannya muda lagi. dia dah menjengah 26 tahun.” fazu menarik
hujung baju ayahnya. matanya mengisyaratkan sesuatu. wajah ibunya pula
dipandang. “fazu ikut ayah. tapi mama tolong ya, izinkan fazu tinggal di bilik
atas. bilik lama fazu, terpulang pada mama nak buat apa… fazu, fazu tak selesa
melihat hiasan dinding… mmm” kepalanya digaru seketika. “fazu tak nak sarapan
ini. errr..” bahunya ditepuk sang ibu. “mama faham…pergilah ikut ayah. ayahnya,
bagi izin fazu balik awal.” datuk kasyah mengangguk laju.
fazu menilik wajah dan penampilannya di
cermin. dia melihat banyak baju dalam almari pakaiannya tidak sesuai untuknya.
terlalu lembut. alih-alih dia memakai seluar jean gelap dengan kamera lengan
pendek. yang lain? nanti dia minta pendapat ayahnya, nak buat apa dengan semua
pakaiannya ini. mungkin kak diana boleh membantunya. dia bergegas keluar.
“lambatnya kamu bersiap.”sejujurnya datuk kasyah terpegun melihat ketampanan
fazu. nampak lebih matang dengan pakaian sebegini, tetapi kekurangannya fazu
yang ini tidak pandai senyum. wajahnya tidak ada sebarang ekspresi. kesan
kemalangan. fazu terus duduk di sisinya. dan mencapai surat khabar, tentunya
daily street. lelaki separuh abad itu hanya biarkan saja fazu hanyut dengan
bacaannya. sampai saja di pejabat, entah berapa kali pekerjanya memandang fazu.
seolah tidak puas melihat wajah itu. fazu diberi tugas sebagai ketua pegawai
pemasaran. hanya atas nama. yang akan menjalankan tugas itu, pastinya anak
buahnya. dia tahu pekerja syarikatnya ada yang mempunyai pengalaman pahit
bekerja di bawah fazu sebelum ini. tidak mungkin mereka akan bebankan fazu yang
langsung tidak ada pengalaman dan pengetahuan dalam dunia marketing.
fazu melihat wajah anak-anak buahnya
satu persatu. dia memang tidak mengenali wajah mereka. “sila beri tunjuk ajar.
banyak perkara yang saya tidak tahu. ammar, awak boleh tak tolong carikan buku
marketing yang sesuai saya baca dan memudahkan saya untuk faham bidang tugas
saya. katrina, syamir, azlan… dan siapa ni…mmm hazana…kalian semua bantu saya.
saya akan berusaha jadi ketua yang baik. okey, sampai sini saja meeting kita.
ammar, boleh ikut saya. saya nak beli pakaian yang sesuai…” ammar melihat jam
tangannya. “izinkan saya solat zuhur dulu.” serta-merta imbasan bagaikan
bayangan melintasi kotak fikiran fazu. fazu mengerang kesakitan. kepalanya
sedikit pusing. sehinggalah dia kembali tenang dan mata anak buahnya memerhatinya
dengan hairan. “maaf, fikiran saya terganggu. kita semua solat dulu. hazana,
emailkan saya semua kertas kerja dan takwim department kita…. secepat mungkin.”
dia mengisyaratkan ammar melangkah dulu, sebab dia tidak mungkin tahu kedudukan
surau di syarikat ternama ini. bayangan demi bayangan muncul, memberi petunjuk
seawal mengambil wuduk sehinggalah memberi salam terakhir. sehinggalah seorang
lelaki yang agak tua menepuk bahunya, mengucap syukur berkali-kali. ammar yang
solat di tepinya juga turut kagum dengan bacaan solat yang lancar dari bibir
merah jambu ketuanya. dia hairan, sejauh inikah fazu berubah.
fazu kelihatan teliti memilih
pakaiannya. mereka sudah menjengah 5 butik pakaian lelaki.. fazu yang ini
nampaknya lebih cerewet tentang penampilan. ammar sudah lesu mengekori fazu ke
sana ke mari. “jom, awak hantar saya balik.” tangan mereka penuh dengan pakaian
yang dibeli fazu.
datin kamsiah hanya memerhati saja
kelakuan fazu yang berusaha menyusun atur ruang dalam biliknya. sudah lima
bulan fazu bekerja di syarikat ayahnya, dan fazu telah buktikan, dia mampu
mengelola bahagian pemasaran dengan jayanya. dia juga sedang mengambil ijazah pengurusan
perniagaan sebagai ijazah yang kedua pengajian luar kampus. duit gajinya
digunakan untuk membeli buku tentang dunia perniagaan. fazu kelihatan bekerja
keras, sekembali dari pejabat, terus menelaah pelajaran dan menyiapkan kerja
pejabatnya. tapi jadual makanannya sangat teratur dan senamannya menjadikan
fazu lebih sasa berbanding dulu. fazu mencapai sesuatu di atas meja. sekotak
hadiah berbalut cantik kelihatan. “ini untuk mama. fazu masih tidak mampu
hadiahkan yang mahal-mahal. semoga benda ni boleh bahagiakan permaisuri fazu..”
wanita itu masih memeluk erat telekung
pemberian fazu. dia terasa sangat bahagia. entah kenapa ada kedamaian yang
datang dalam hatinya. dia juga semakin seronok melihat syiar islam berkembang
ke serata rumah. apatah lagi apabila fazu meminta izin setiap malam jumaat, mereka
adakan majlis bacaan yasin dan berusaha membantu sebuah rumah ayat yatim di
kawasan setempat mereka dari segi wang dan tenaga. dalam diam, fazu mengajar
anak-anak di rumah tersebut pengajian agama dan mengembangkan lagi minatnya
dalam pengajian kitab dari beberapa orang guru agama yang diperkenalkan oleh
kawan sepejabatnya. cuma rambut fazu yang diwarnakan putih mutiara itu agak
menonjol sedikit. tapi, biarlah…mustahil fazu tidak mendapat pandangan tertentu
dari para ugamawan.
Datin kamsiah mengusap dadanya cuba menenangkan perasaan amarah yang mula menular. Tadi dia sudah melampiaskan marahnya pada datuk kasyah. Datuk kasyah cakap, siasat dulu. Apa pula? Sepupu fazu sendiri yang berikan sampul berisi gambar tak senonoh fazu. Dia sangat bengang, rupanya fazu selama ini hanya pandai bermuka-muka di depannya. Tidak habis habis dengan perangai kasanovanya. Kalau dengan perempuan, mungkin masih boleh diterima akal tapi kalau dah langgar hukum tabii?? Deruan kereta kedengaran. Baru saja fazu tunjuk muka, datin kamsiah sudah menyerangnya. Bertubi-tubi mukanya ditampar. Sehinggalah tangannya terasa kebas sendiri. Wajah fazu tidak beriak, hanya matanya saja kelihatan seakan menyembunyikan seribu duka. "Fazu, mama ingat fazu dah berubah... Mama tak sangka sanggup fazu mainkan hati mama, mainkan agama untuk tutup kejahatan fazu. Kalau begini lah jadinya, lebih baik fazu tak payah balik malaysia..."
Dugaan apakah ini? Dia baru mahu merasa selesa dengan keadaan sekarang, tapi ujian DNA yang dia sengaja lakukan mengesahkan prasangkanya selama ini. Datuk kasyah bukan ayah kandungnya. Datin kamsah pun. Mereka semua bukan ahli keluarganya. Jadi, siapa dia? Bingkai gambar itu di letak di meja, dia menyentuh pipinya. Air mata? Pipinya masih terasa sedikit pedih. Sudah dua hari dia berkurung di dalam biliknya. Dia tidak ada kekuatan untuk pergi ke mana-mana. Bayangan silam semakin kerap mengganggu lena dan jaganya. Ada masa dia terdengar bunyi tembakan, ada juga ketika dia rasa sesak nafas dan perit untuk bernafas. Dia seakan nampak tubuhnya terbaring di jalan raya dalam keadaan berlumuran darah... Dan semua itu mengganggu fikirannya.
Famie sudah mendapat jawapan untuk gambar yang ibunya terima. Ternyata itu gambar superimpose. Cubaan untuk memburukkan nama fazu setelah fazu berjaya menawan hati banyak syarikat ternama menjalankan urus niaga secara usahasama dalam banyak projek mega terutama dalam pembinaan kawasan perumahan di negeri utara dan pantai timur. Famie sendiri hanya menyelia sebuah anak syarikat. Untuk bersaing di dalam syarikat multinational, dia sudah awal awal surrender. Fariz pun sama, protes sebab gagal menyambung pelajaran dalam bidang medik. Hanya fazrin saja yang sekali sekala membantu dan turun padang datang ke ibu pejabat. Ternyata tidak dapat menandingi bakat semula jadi fazu. Sedangkan dua tahun lalu, fazu meroyan nak jadi model. Sanggup belajar peragaan model di itali, berpindah ke los angeles yang sememangnya ditentang mati matian oleh ibu mereka. Datin kamsiah hanya terdiam mendengar penjelasan famie tentang gambar itu. Ada juga gambar yang terlepas di media, tetapi datuk kasyah menggunakan kuasa wang untuk mengelak gambar tersebut tersebar lebih jauh.
Fazrin dan famie terpaksa membuka bilik fazu dengan kunci pendua. Kelihatan fazu sedang terlena. Tidak pernah pun fazu selerakkan barang-barangnya. Fazrin perasan di bakul sampah, ada keratan gambar. Ya, gambar yang sama. Beserta sepucuk surat yang digumpal. Nota ugutan! Sharon, kekasih gelap fazu dulu sekarang cuba blackmail fazu. "Abang!" Serak suara fazu. "Fazu tak buat semua itu." Wajahnya pucat lesi. Dia cuba bangun tetapi kepalanya yang sedari semalam, sakit semakin sakit. Dia mengerang kesakitan. Famie mendekati fazu. Dahi fazu disentuh. Panas berbahang! Fazu memeuk tubuh famie. "Sakit..." Terdengar esakan halus dari bibir yang pucat itu. Sebelum tangannya melotot lemah...
Fazrin, famie dan fariz silih berganti menjaga fazu. Demamnya pasang surut. Kadang kala sehingga meracau racau dalam tidur. Datuk kasyah sedang berada di china. Dua hari lagi baru ayah mereka pulang. Fazu degil, tidak mahu ke hospital. Makan pun tak nak. Sampailah satu tahap, dia pengsan sekali lagi. Kali ini famie tidak teragak menelefon ambulan.
Datuk kasyah duduk seketika di tepi katil, melihat wajah fazu dengan penuh kesugulan. 'Kamu memang anak yang baik,tims daniel aryan' itulah nama sebenar jasad di depan ini. Tak sangka fazu sudah buat ujian DNA... Mungkin keadaan itu yang memberi tekanan kepada fazu sehingga fazu tidak mampu bangkit dari lenanya yang panjang. Sudah seminggu fazu dalam keadaan koma.
No comments:
Post a Comment