Total Pageviews

Wednesday, 16 December 2015

FALSE EXPECTATION, PROJECTION AND PERCEPTION

Rasa seronok sangat apabila sudah menghampiri minggu terakhir kuliah cinta semester 1 pada tahun kedua universiti Malaysia Sabah. Walaupun banyak subjek yang terasa berat dan sangat payah untuk dipikul, kejayaan menapak 14 minggu yang mengancam kekuatan fizikal dan kesabaran patut diberi penghargaan. Bukan penghargaan dari orang lain tapi diri sendiri pun sudah cukup untuk menyatakan kegembiraan kerana seluruh anggota tubuh badan masih bercantum dengan baik. Tidak terputus barai ditelan keganasan alam kuliah dan tugasan sebagai seorang pelajar. Macam melampau pula bahasa saya ini. Apa-apa pun saya merasa bersyukur atas kejayaan saya melewati semester tiga yang sangat mencabar lebih-lebih lagi setelah menerima ambush / kata cerca maki hamun yang sukar surut dari kalangan mereka yang tidak cuba untuk mengerti. Saya didik hati saya untuk bersabar dan meneutralkan keadaan itu dalam hati saya sendiri. Saya tidak ada sesiapa yang membujuk.
Dunia pekerjaan dan belajar sangat berbeza. Dunia pembelajaran sebenarnya adalah platform untuk merasa selesa dengan keadaan yang kita alami. Kita wujudkan zon selesa tersendiri dan mengajak orang terutama kawan-kawan untuk masuk ke dalam zon tersebut. Dan, bermula lah kisah sinetron ‘aku kau dan mereka’.
Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang seorang pensyarah saya. Dia mengaku dia deaf, dan dia pandai membaca gerak bibir seseorang ketika berkomunikasi. Satu kelebihan untuk dia. Sejak awal semester 3 lagi satu kelas tidak selesa dengan pendekatan yang dia guna untuk ‘mengawal’ kelas seramai 67 orang. Dia selalu mengugut bahawa kami akan gagal jika tidak beri 100 peratus komitmen pada mini projek kami: solar cooker. Soalan midterm dia luar biasa mudah tapi sebagai seorang pelajar, overthinking menjadikan keadaan itu sangat sukar dan hampir separuh dari kami berputus asa untuk buat yang terbaik. Rupanya its all about perception.. Dia bagi analogy sangat mudah.
EXPECTATION= KEPERCAYAAN, RAMALAN, HARAPAN
PROJECTION=SIGMUND FREUD MENDEFINISIKAN IA SATU PROSES DEFENSIF @SATU MEKANISMA PERTAHANAN DIRI MELALUI PEMUTARBALIKAN KENYATAAN DALAM SITUASI KECEMASAN (TIDAK SELESA) YANG MENGURANGKAN PERASAAN TERTEKAN, DAN KEADAAN TEGANG
PERCEPTION= GAMBARAN ATAU BAYANGAN DALAM HATI ATAU FIKIRAN TENTANG SESUATU, PANDANGAN MENERUSI PANCAINDERA ATAU TANGGAPAN
Seorang ibu semasa hamil, doa mereka lain. Mereka hanya mendoakan anak mereka berjaya menjadi doktor, engineer and so on. Itu menjadikan keadaan false expectation berlaku. False expectation ini pula akan dibawa oleh si anak sehingga dewasa. Dewasa mereka menjadikan mereka membina false projection untuk mencapai cita-cita. Malahan ada yang memandang dia rendah dari orang lain sedangkan dia ada kemampuan, tetapi false perception yang wujud ini menyebabkan keadaan saling merendahkan/ keadaan saling meninggi diri wujud dalam kalangan remaja yang mahu meningkat remaja. Peranan media sosial pun bermula. Mereka mula menjadi keyboard warrior. Saling berbalah mencari perception yang betul. Selalu mendahului ego tetapi tidak mahu mendengar nasihat orang. Mereka selalu buat tindakan yang menampakkan diri mereka bodoh. For example, selfie and post something in facebook. The status is “I am done with my viva. Oh yeah!” But people outside who know this guy really know, how far their viva performance. They are embrace themselves in media. This is what we call drama king or drama queen. Sometime, the bad perception came when they get a negative motivation. Pensyarah ini menggunakan negative motivation untuk mengetahui sejauh mana pelajarnya melangkah. Sepatutnya keadaan ini menjadikan pelajar-pelajar ini membuat sesuatu tugasan itu jauh lebih baik untuk tunjukkan kepada pensyarah ini yang mereka bukan calang-calang orang. Keadaan mengecam ini diwujudkan untuk memberi self-motivation kepada pelajar. Realiti kehidupan ini sebenarnya jauh lebih stressful berbanding zaman belajar. Belajar, supaya boleh hadapi ‘pressure room’ bila dah bekerja kelak. Senario yang berlaku adalah… pelajar rasa dikecam, demotivation, and doing everything wrongly. Planning? Out!
Pensyarah itu juga menyentuh sesuatu yang sangat menyentap jantung saya. Satu perkara yang saya cuba nafikan sekian lama.
“you are what you are today because there is someone who give a time, money, effort and hope to you …no matter that someone is your parent, adopt parent or the one who put some trust to you for a long time”  
Mendengar falsafah sebegini keluar dari mulut dia, membuatkan saya berfikir sepanjang malam…merampas separuh dari masa tidur saya untuk merangka ayat, menyusun lebih kurang setiap baris katanya menjadi satu entry dalam ruang blog saya.


No comments: