Total Pageviews

Sunday, 6 December 2015

Martabat poligami itu tinggi darjatnya

Assalamualaikum…kali ini saya akan bercerita tentang poligami pula. Entry ini agak sensitif bagi sesetengah orang memandangkan poligami itu adalah perkara yang membawa kesakitan pada mereka yang mengalaminya. Pemahaman saya tentang poligami itu tidak susah baik untuk laki2 atau perempuan selagi ada unsur percaya, jangan bersangka buruk, dan yang pasti si laki2 itu perlu adil. Poligami itu mudahkan isteri pertama dan yang seterusnya kerana tugas seorang isteri itu berat. Berbahagi tanggungjawab menjaga suami itu sudah meringankan tanggungjawab si isteri. Mungkin nikmat untuk mengecap syurga kerana menyanjung lelaki turut terbahagi tapi allah maha melihat kan... Kalau saya seorang isteri pertama pun saya akan beri peluang kepada suami saya kelak beristeri lain. Memang susah berkongsi tapi saya fikir satu saja... Suami tetap suami, walaupun dia ada isteri lain... Dan saya percaya kalau dia seorang lelaki baik dan seorang lelaki islam yang baik, dia akan terus berlaku adil...bukankah poligami itu ujian terindah? Saya bukan sebaik aisyah R.a yang lembut bicara lidah dan tingkah laku, jihad seorang wanita kan banyak... Antaranya menjaga kehormatan suaminya dan menjaga kemaluannya...cukuplah lelaki itu bersedia jadi suami saya... (dengan erti kata lain) dia bersedia pikul dosa2 kecil saya... Dia bersedia layan karenah manusia berakal pendek ciptaan allah... Dia berkahwin satu, hanya seorang yang dia tanggung... Dia kahwin dua.. Dia sebenarnya melipatgandakan bebannya sebagai seorang suami... 

Tapi saya masih yakin, jika dia berjalan di jalan benar... Dia tidak akan buat pelik2...sebab dia bawa syurga untuk isterinya atau para isterinya...



No comments: