Total Pageviews

Tuesday, 8 December 2015

PERCAYA

perkara paling menyedihkan dalam hidup seorang pelajar apabila kita berusaha untuk buat yang terbaik tetapi kita dikelilingi oleh orang yang selalu merasakan dia yang terbaik, dia yang terhebat dan mampu buat yang terbaik tetapi dia muncul saat terakhir( dateline esok baru dia muncul bah) kita nak buat lebih baik berbanding tahun sebelum ini tetapi semangat kita dilanggar lori 50 tan....dipandu pula oleh orang2 yang pandai tapi sombong untuk berkongsi ilmu... saya bersedia untuk mengubah cara saya tetapi kalau asyik ditabrak separuh mati oleh org2 yang hebat ini... bagaimana utk bangun dgn segala kepincangan? 

sentuh soal pembinaan karakter yg mncerminkan cara saya bkerja.... kelemahan mengurus emosi...tambah dgn kerencatan ilmu akademik, cukup menjadi gulai utk org2 yg bijak dan bahagia senantiasa ini hentam di muka buku, menjadi warrior yg bjaya di laman chat....


tetapi, soal akademik... saya sendiri tidak pernah bagi muka sama diri saya... sampailah kegagalan sem 2, myebabkan saya malu utk bdepan dgn ahli keluarga saya...

pembinaan karakter;apabila kau membesar dgn daya tekanan hidup yg tinggi, kau berusaha utk atasi tekanan itu sehinggalah ko berjaya keluar, dan keberjayaan meranapkan kepompong kepercayaan yang tinggal sedikit... kau bina kepercayaan dan identiti baru, dgn harapan, masyarakat bakal menerima kau... malang sekali, kau terpaksa menggunakan kuasa wang utk membeli semua kepingan hati utk menarik perhatian mereka... sedangkan bukan hati mereka yang kau beli, tapi kau jual identiti kau seperti di lorong2 gelap sama seperti pelacur... slalunya seorang pelacur mendapat bayaran tetapi kau pula kena membayar harga kenikmatan untuk diterima... kesudahannya.. kau yang sakit sendiri... kau yang hanyut sendiri.... 



sehingga kau rasa... dunia ini tetap tidak adil. 

lalu, kau mahu lagi berfikir apa yang mereka fikir tentang kau... sehingga melemahkan denyutan  jantung yang sedia lemah... sehingga menjadikan kau lemah untuk bangkit sekali lagi.....


pada siapa lagi kau mahu percaya? menolak kenyataan tuhan ada untuk membantu setiap langkah kau menjadikan kau bersedia dibungkus kepompong yang lama, menjadikan kau lebih teruk berbanding sebelum ini.





No comments: