Total Pageviews

Sunday, 13 December 2015

PEMIMPIN YANG PESIMIS

Untuk melantik seorang pemimpin yang bagus, awesome dan terbaik di mata semua orang… sangat wajar untuk kita kembali kepada fitrah. Bertanya soalan yang mudah pada diri, adakah pemimpin yang aku lantik ini akan membawa aku ke jalan Allah? Adakah pendekatan yang dibawanya menjadikan aku lebih dekat dengan tuhan atau aku menjadi insan yang alpa dan semakin jauh dari Allah? Lihat saja dunia persaingan masa kini, semua orang berlumba lumba mengejar ilmu dunia, akhirat sanggup dibelakangkan dan bila sudah lanjut usia baru berani menapak ke majlis2 ilmu, semata-mata mahu mendengar orang memberi taskirah ataupun apa saja jenis usrah yang membawa kita dekat pada Allah. Tapi itu berlaku ketika badan sudah dibaluti aroma minyak angin. Semasa kita gagah perkasa, berkudrat orang muda…kita membandingkan pakaian kita, perhiasan kita malahan pencapaian kita dengan orang….dan pembentukan sahsiah juga dipengaruhi oleh orang kecil mahupun pembesar2 dalam kalangan kita. Dan pembesar2 ini adalah pemimpin yang membentuk ideologi yang akan kita rentak tarikan bersama2 dalam satu organisasi. Dr MAZA ada menyebut dalam kuliahnya…”lantiklah ahli mesyuarat iaitu orang yang menasihati kamu dari kalangan orang yang amanah, takwa dan takutkan Allah..” Kita pilih siapa? Kita pilih atas sogokan dan janji manis dia… kita pilih atas rasa minat kita. Pemimpin kini berani berjanji kosong; dia langgar amanah, dia langgar perintah Allah. Lihat saja semua konteks kehidupan kita. Dari seluas-luas alam sehingga ke alam rumah tangga malahan dalam memimpin diri kita, kita jadi lemah dengan cara kita sendiri akibat tuntutan dunia. Negara kita siapa yang pimpin? Negeri kita? Bagaimana pula alam pengajian kita? Adakah pemimpin kita yang kita pilih itu mendekatkan lagi kita pada Allah? Jika tidak…jangan tanya kenapa dia tak boleh jadi pemimpin yang baik. Kita memang generasi y yang selalu suka bertanya sebab dan akibat tetapi di mana kedudukan persoalan bagaimana dalam kehidupan kita, menjadikan kita kecewa di saat-saat akhir. Tugas seorang pemimpin adalah dia kena amanah dengan ahli dia. Kadang kala kita pilih orang yang kita suka tapi sebenarnya dia tidak cukup bagus untuk memimpin tanggungjawab itu. Ciri-ciri seorang pemimpin; dia kena ada kekuatan dan amanah. Sebaik-baik orang yang kamu ambil bertugas adalah orang yang kuat dan amanah. Kuat itu adalah berkemampuan, ada kepakaran. Tetapi kalau kamu dipaksa memilih salah satu dari dua orang yang memiliki kekurangan amanah atau kekurangan kekuatan…pilihlah mengikut situasi semasa.
Saya sendiri tidak berkenan apabila ada di kalangan orang yang mempunyai kedua-dua ciri ini selalu menolak dari menjadi pemimpin sedangkan dia seorang laki-laki cukup sifat, dia punya tawaduk pada Allah cukup tinggi. Tingkat iman dia jika diukur dengan kekerapan dia mengunjungi rumah Allah, cukup menimbulkan gerun sehingga apabila berkata bahasa yang kurang sopan pun, hati sudah melabel bahasa itu sangat kurang ajar. Terlalu tinggi darjah kehormatan yang saya letak untuk orang sebegini. Namun yang tidak enak didengari; apabila golongan ini membawa frasa “tak apa…dunia saja bah itu.” Sebagai penanda aras untuk usaha mereka di dunia. Contohnya, komitmen dalam melangsaikan assignment berkumpulan. Saya masih tidak faham, apa maksud frasa ini. Adakah mereka angkat sebagai satu propaganda? Mungkin bagi mereka yang beriq tinggi, merasa selamat dengan zon keselesaan yang mereka ada. Mereka berusaha last minute tetapi tidak menjejaskan akademik dan mutu kerja mereka. Tetapi bagi yang beriq rendah, yang memerlukan usaha yang sangat maksimum sejak diberi amanah, frasa ini menjadikan manusia2 lemah dan lembap ini mudah putus asa dan berhenti untuk memulakan langkah di awal waktu. Bersegera melakukan kebaikan jika sudah diberi peluang. Sama lah dalam suasana akademik, di peringkat universiti…saya hanya nampak sebilangan kecil sahaja yang menggunakan cara ini dan mengangkat kerja keras ahli kumpulannya sebagai satu perkara yang perlu diberi reward. Usaha untuk saling berpaut tangan pun kurang sehinggalah menjejaskan kualiti kerja. Sungguh mengecewakan. Tapi, itulah senario yang berlaku sekarang; pesimis, individualistik…
Keadaan paling memberatkan jiwa lagi…di rumah, sudah ditekan dengan sifat lahiriah birokrasi ibu bapa. Anak diajar itu ini tetapi tidak diberi kepercayaan untuk melakukan sesuatu yang diminati. Di peringkat universiti, birokrasi itu subur mewangi siap bercambah lagi dalam sistem pentadbiran sehingga sebuah organisasi itu wujud tetapi hanya sekadar nama semata-mata. Paling teruk, pembiakan ideologi autokrasi dalam fikiran anak muda yang menghalang seratus peratus perkembangan karier. Sudahlah tidak diajar, tidak diletak apa apa kepercayaan lagi. Kesannya, anak muda yang tidak kuat ini terlepas peluang-peluang yang hebat. Kesan jangka panjang, si anak muda ini terlepas saat indah dalam alam dewasa untuk menjadi pemimpin yang baik.
Beruntunglah bagi mereka yang memiliki ibu bapa yang berjaya memimpin mereka mengenal diri mereka sedari kecil...

projek mini solar cooker akhirnya ditong sampahkan... bukan lecturer itu yang kejam, tapi banyak limitasi yang membataskan keupayaan...



No comments: