Saya tetiba rajin malam tadi join program kelab Pembina... Kelab yang berdaftar bawah UMS... Ini adalah program pertama yang saya join...
Semua peserta sukarelawan dikehendaki berkumpul di perkarangan masjid ums seawal waktu maghrib lagi. Tenaga saya selamat apabila terserempak dengan kawan yang sedang memandu, mujur dia boleh bagi tumpang. Syukur juga malam ini, 19 hb dis 2015... Cuaca sangat mengizinkan kami berkeliaran berpayungkan langit yang cerah tanpa gumpalan awan...tentunya dapat mengenali kawan2 PEMBINA yang baru. Ada yang sudah bekerja, ada yang ambik course medik...
Paling best duduk dalam kereta, everyone getting excited on their first experience kan... Selfie sekeping...
Pasar malam kampung air. Sasaran kami.
Gambar pertama semua ahli sebelum dibahagi kepada dua kumpulan utama; yang edar makanan dan yang teach anak2 pasar malam. Sudah tentu aku pilih teach.
Tiba masanya mengumpul anak2 kecil dalam lingkungan 3-9 tahun, dengan keizinan parent mereka yang berniaga di pasar malam ini.... Akhirnya...
Ramai yang datang!!! Muka mereka polos...
Excited!!
Kakak uztazah leading everyone to recite al fatihah...ada parent yang menghantar anak2 mereka dan menunggu bersama...
Kumpulan anak2 ini dipecahkan kepada kumpulan kecil.
Parent datang menyokong....
Anak2 suka mewarna. Ahli sukarelawan pembina edarkan buku latihan, sekotak bekas pensil, dan kertas bernombor untuk aktiviti mewarna... Setiap ahli berusaha untuk sumbangkan suara, mendidik mereka, melakukannya dari hati ke hati...
Semangat anak2 ini ada, walaupun hanya sekadar menconteng... Mereka ada passion untuk disalurkan dalam hati sukarelawan... Untuk terus menabur bakti di masa akan datang...
Terselit wajah2 anak comel, baru bertatih...
Kak sukarelawan tanya "siapa pandai??"
Mereka jawap"saya!!"
Apa yang penting, aura yang terpancar... Mereka adalah generasi muda....
Sesi bergambar....
Malahan ada foreigner datang menyelit....kaum muslimat juga terkejut.
Seua orang having fun....
Semestinya akan ada siri2 yang seterusnya dan akan ditebarkan ke serata alam bawah bayu ini....inshaallah!!!
No comments:
Post a Comment