Satu
program telah dilaksanakan oleh EXCO AKADEMIK JAKMAS KOLEJ KEDIAMAN E 2015/2016
semalam. Program ini dinamakan rahsia si pemilik 4.00 yang bertujuan untuk
mendedahkan tip-tip belajar selaku seorang mahasiswa universiti melalui
perkongsian idea untuk enhance the knowledge and sahsiah. Banyak dapatan yang
aku terima apabila hadir dalam program ini. Walaupun kedengaran cliché tetapi yang membezakan adalah panel jemputan
yang salah satunya aku pernah temui, salah satunya pula, aku tahu melalui laman
facebook. Keperibadian dua orang alumni ums ini pastinya menjadi tanda tanya
untuk aku tahu rahsia kejayaan mereka sehingga berjaya menjadi ahli panel
jemputan untuk program ini. Aku ditemani ana dan pipah (dua budak junior yang
happy go lucky), berjaya hadirkan diri walaupun tiket entah siapa pegang, dan
respon dari pengerusi kelab orator tidak ada seawal program. Biarlah, yang
penting ada input yang kami dapat. Ramai yang hadir.
Tiga
panel jemputan iaitu, Puan Suraya Nasip (Pensyarah Ums), Cik Azieyana Aziz, Dan
Cik Sharifah Yong Nadia Omar Salleh…
Ahli panel masih mencari ritma perbahasan dalam forum
Nilai Penghayatan Untuk Seorang
Mahasiswa(Puan Suraya Nasip)
“paling utama, seorang pelajar itu harus
tetapkan nawaitu/ niat ketika menuntut ilmu. Niat ini lah yang akan memudahkan
mahasiswa untuk seimbangkan diri dalam aspek-aspek lain dalam menuntut ilmu di
universiti supaya seorang pelajar itu mampu mencapai sasaran.”
Keseimbangan Dalam Segala Aspek (Cik
Azieyana Aziz)
“ dari segi sosial, kita perlu belajar semua
aspek, seimbangkan kerana pengalaman adalah guru yang terbaik. Kita tidak boleh
survive jika kita bergerak sendiri sebagai seorang individu. Sebab itu lah,
kawan juga berperanan. Ia adalah bonus untuk mencapai sasaran. Dalam aspek
kewangan, banyak saluran yang disediakan untuk membantu pelajar yang bermasalah
dalam kewangan untuk memohon bantuan kewangan dan kebajikan pelajar. Pergi
mohon, sebab untuk orang yang memerlukan, ada bahagian untuk mereka. Dalam
aspek penglibatan aktiviti, soft skill yang baik adalah satu keperluan untuk
pelajar. Libatkan diri dalam organisasi dan perkumpulan. Semua ini akan melatih
anda untuk mempelajari soft skill yang berkesan untuk masa depan”
“semasa menuntut dan memegang jawatan
sebagai salah satu nadi kampus, cara anda merancang yang akan meletak mana satu
priority dan mana satu bukan priority. Ada dua perkataan yang mengukur satu
pekerjaan iaitu penting dan mustahak. Ada perkara yang penting tapi tidak
mustahak tapi ada yang mustahak dan penting. Saya sendiri letak group
assignment sesuatu yang mustahak dan penting, saya dahulukan dulu berbanding
tugasan individu. Cara ini juga melatih saya menjadi seorang yang adventurous”
Kebolehpasaran Student (Puan Suraya
Nasip)
“kebolehpasaran seorang student ini
ditentukan dalam pelbagai aspek. Senario sekarang, ada student yang menjadi ulat
buku. Tidak ada penglibatan dengan mana-mana aktiviti dalam kampus, sekadar
membawa gred 4.0 untuk mencari kerja tidak cukup…”
Cara Berkesan Mengurus Masa (Cik Azieyana
Aziz)
“ada pelbagai cara mengurus masa. Saya
secara peribadi menggunakan cara yang kejam untuk patuh kepada jadual waktu
yang saya buat untuk diri saya. Jadual waktu ini adalah undang-undang untuk
saya. Saya ada matlamat yang jelas sebelum saya masuk universiti ini. Saya bertekad
untuk menjaga pointer saya dan mendapat first class sebab saya tidak mahu bayar
ptptn. Dalam masa yang sama, saya akan cari peluang untuk mengasah soft skill
saya. Cari satu extra-ordinary task yang menjadikan anda lain dari pelajar.
Malahan cara saya belajar pun berbeza. Masa otak saya fresh boleh terima ilmu
adalah pada pukul 4.00 pagi dan selepas isyak. Saya suka berjalan di laluan
koridor asrama sambil argue dengan nota-nota yang saya buat. Ia memudahkan saya
untuk menghafal dan memperbaiki lagi pemahaman saya. 1 bulan sebelum exam, saya
akan hadkan diri saya dengan aktiviti luar.”
Try And Error (Cik Sharifah Yong Nadia
Omar Salleh)
“cara saya belajar dibandingkan dengan cik
azie cukup berbeza. Saya pernah cuba kaedah penjadualan. Tetapi saya tidak ada
disiplin yang tinggi. Ada komitmen yang menuntut saya melanggar disiplin masa
tersebut. Kalau disiplin masa ini sudah cukup memberi tekanan, saya akan cuba
method lain. Saya banyak buat discussion group. Apa yang penting, anda perlu
cari kelebihan dalam diri anda untuk memudahkan anda belajar. Tidak salah test@
cuba dulu… kalau serasi, teruskan. Kalau tidak boleh, cuba lagi strategi lain.
Anda kena study smart.”
SESI
SOAL JAWAB
Q:
bagaimana kita mahu elak dari berfikiran negatif pada kawan kita sedangkan
usaha kita dengan kawan itu sama, tetapi si kawan jauh lebih berjaya berbanding
kita?
A:
kita rawat hati kita, penyakit cemburu dengan kejayaan kawan pasti akan
berlaku. Ini soal rezeki. Mungkin teknik pembelajaran yang kita guna tidak
sesuai untuk kita tetapi sesuai untuk kawan kita. Lumrah manusia suka tengok
kesempurnaan dan membanding-banding. Iri hati atau penyakit hasad dengki ini
boleh diatasi jika kita jujur menyatakan pendapat dengan cara baik. Kita harus pandai mengawal
perasaan negatif ini. 1 jam marah, kecewa, iri.. Lepas itu, cuba berdepan
dengan dia. Kalau tidak boleh, cari orang yang terdekat. Pensyarah pun boleh.
Didik hati untuk merasa positif… maafkan dia, dan paling penting, jangan tanam
dalam fikiran… kita hanya kurang rajin bukan tidak pandai.
Q:
adakah pengisian rohani itu perlu untuk menjadi orang yang berjaya?
A:
iya. Back to religion. Baca yassin setiap malam jumaat, boleh bersihkan hati
kita. Jaga hubungan kita dengan allah, bersangka baik dengan allah sebab ia
akan mempengaruhi judge-mentality kita. Semua agama relate dengan pencapaian.
Pencapaian itu kan rezeki dari allah.
Q:
apa yang perlu saya lakukan jika berlaku mind-block semasa menduduki exam?
A: keadaan
ini boleh berlaku jika anda tidak cukup tidur, ia again the nature of your
body. pastikan sebelum menduduki exam, anda mengambil sarapan dan minum air secukupnya.
kadang kala, nervous juga boleh jadi salah satu penyebab. back to religion.
bagi orang islam, baca lah ayat kursi dan selawat. inshaallah, allah akan
mudahkan. elakkan dari ketawa banyak dan bercakap banyak sebab keadaan ini
boleh hilangkan daya penumpuan minda.
Q:
bagaimana kita nak score sesuatu subjek sebelum menduduki exam?
A:
wujudkan hubungan baik dengan pensyarah. Lecturer adalah sumber anda mendapatkan
ilmu dan apabila anda ada effort untuk dekat dengan lecturer, keadaan ini
membantu anda untuk lebih memahami lagi topik-topik yang susah dalam sesuatu
subjek.
Q: adakah
cara untuk belajar last minute?
A:
anda tidak digalakkan untuk belajar last minute. apa yang boleh anda buat pada
study week, cuba tackle soalan. disiplinkan diri. kenal potensi diri lebih
awal.
Q:
apakah nama anugerah yang disediakan oleh ums semasa hari konvokesyen?
A:
ada lima anugerah yang disediakan oleh ums
Nama Anugerah
|
Syarat
|
Anugerah Diraja Bumiputera
Anugerah Diraja Bukan Bumiputera
|
Pointer Akademik
|
Anugerah Emas Cancelor
Anugerah Emas Naib Cancelor
|
Kokurikulum
|
Anugerah Pingat Emas Alumni
|
Khas Untuk Pelajar Master
|
Anugerah Tun Zaki
Tempatan Dan Antarabangsa
|
|
Anugerah Tun Zaba
|
Akademik Consistent Menaik
|
Penutupan
Puan Suraya Nasip
Ajar
diri untuk lebih berdisiplin. Kita boleh mengubah masa depan kita.
Cik Azieyana
Jalani kehidupan anda sebagai seorang
pelajar dengan baik. Libatkan diri dengan aktiviti kampus, tambah ilmu dan
kemahiran dari semasa ke semasa. Keadaan ini akan meningkatkan nilai
kebolehpasaran anda kelak. Tetapkan matlamat yang jelas, dan apa yang pasti apa
yang kita lakukan pasti ada pengorbanan. Ingat surah al-insyirah ayat 5 bahawa
selepas kesusahan pasti ada kesenangan.
Cik Sharifah
Yong Nadia Omar Salleh
Cuba guna cara anda, strategi anda
sendiri. Jangan tiru kawan atau orang lain hanya kerana ingin diterima. Hargai
masa anda. Tolong buat sesuatu untuk masa depan anda.
Sesi penyampaian cendera kenangan...
Kepada panel pertama, puan pensyarah...
Aktiviti ini sangat bagus! Sebab boleh makan free... Jimat duit makan tengah hari. Setiap kali join program, memang mengharapkan makanan free ada... Bagi student macam saya... Ini macam makanan dari syurga....oh yeaahhh!!!
Simple
work to let we thinking deep
“when
you have a change to help, do you? Well, i am the person in the que…simple act
of caring bring an endless ripples”
“being
rich is not how much do you have. Its about how much do you give…”
Sesi selfie welfie
No comments:
Post a Comment