5 februari 2016, Jumaat
Aku join program kursus kepimpinan khas pemimpin muda himsak untuk 3 hari 2 malam. Forum pertama di Himsak graduate school...Kesian aku duduk belakang... Agak2 ada chance utk dptkan autograph prof dato dr mohd agus yusuf? Pensyarah kanan ukm...malam ni dgr forum "politik anak muda"... Go go himsak!
Ini adalah Antara perkongsian prof dato dr mohd agus yusuf. "Mereka yang mengampu tidak akan dapat membangunkan sebuah tamadun bangsa. Pengalaman mendewasakan kita. Sukarno mahu 10 anak pemuda untuk menggegar dunia. Begitu besar kuasa anak muda. Orang yang sensitif adalah layak menjadi pemimpin, bukan orang yang tidak ada hati perut. Setinggi mana anda belajar, hubungan keluarga itu amat penting. Kita kena peka, berilmu untuk merancang. Seorang pemimpin harus pandai mengurus tekanan sebagai daya tahan kehidupan. Deposition ourself and keep urself to market trend. Kita mampu menerangkan isu kepada masyarakat. Demontrasi baling... Anak muda yang bangkit perjuangkan isu sosialis. Anak muda radikal, pendirian lain... Jadikan dia assosiasi dengan keadaan itu. Anak muda ini harus bebas berpolitik. Dia akan berubah mengikut keadaan semasa. Prof. Riduan teh anak murid saya. Hari ini dia terima realiti. Kita pilih untuk berubah dan menerima realiti. Determine your own destiny. Elak negara dari melarat. 104 negara saya telah pergi dan macam-macam perkara saya rasai. Kita harus berfikir mendahului zaman. People most concern about technology. Jangan buat kesilapan dalam politik supaya kreadibiliti itu terjaga. Etika rendah untuk anak muda yang maki hamun dalam isu politik, dan kita ada untuk didik orang muda ini. Orang muda ini seperti benih, campak di laut jadi minyak, campak di hutan jadi balak, campak di langit jadi bintang. Anak muda tidak boleh ada karat dalam hati. Anak kelantan ada jiwa bersatu seperti lidi yang seberkas yang boleh mematahkan. 32 tahun pengalaman saya kongsi dalam setiap pertemuan dengan mahasiswa, saya mengajar, saya berleter dan saya bercerita. Tulisan trengkas dipelopori oleh anak murid plato. Politik kena diterangkan dalam konteks yang betul. Jangan minda diceroboh dan memberi harapan palsu. Tppa boleh memberi harapan palsu, sama ada baik atau buruk. Transparent. Kita negara dagang... Melibatkan barang keluar masuk, cukai, tarif dan harga barang kebarangkalian akan murah. Untuk ubah hidup, kena ada orang bantu, kena disiplin, kena ada daya tahan. Tppa... Ada risiko jika kita tidak kompetent, tidak mahu berubah dari takuk lama. Kita ada kekuatan mental untuk berjaya dan bersaing. You must have edge. Apa itu politik sihat? Ilmu dan iman. Anak muda sekarang yang hanya faham dunia dia tidak boleh memimpin kerana dia tidak sensitif. Jangan amalkan munafik dalam politik. Politik perkauman dan kafir mengkafir bukan politik yang sihat. Ahli politik yang saya admire adalah Amin rais yang perjuangkan reformasi di indonesia. Presiden Gusdur adalah agamawan. Dua tokoh ini silap apabila mereka tidak dilahirkan menjadi ahli politik tapi masuk campur dalam politik lebih baik jadi guru bangsa."
Bagaimana nak setia kepada parti bukan kepada pemimpin? Anak muda yang Ada kelebihan dan guna di jalan yang betul? Bagaimana kita nak sesuaikan diri dengan keadaan kos sara hidup zaman sekarang? Tppa dan gst... Bagaimana kita beri kesedaran kepada masyarakat kampung?
Dr irwan cakap: tppa dikata seperti menjual negara. Anda, jadi pemimpin kena ada ketahanan. Tppa di dalam perbincangan selama 5 tahun. Tppa adalah cabaran bukan ancaman. Gdp singapore tinggi, sebab join tppa. Vietnam sudah tandatangan FTA. Tppa sama seperti apec. Term yang boleh dinegotiate pada masa kini, dan kita sertai. Amerika boleh jajah malaysia tanpa tppa. They already here. Their investment, cultural... Semakin berkembang memberi peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia. Sistem is there, practise and proved. Amerika sentiasa mahu bersaing dengan china. Malaysia boleh negotiate as determinant untuk semua term dalam tppa. Tppa melibatkan undang-undang seperti corruption dan tenaga buruh. Tppa adalah satu peluang. Cabaran sosial media, living cost sentiasa berubah. Sebenarnya cabaran adalah peluang kepada kita. Bina kekuatan diri dengan cabaran yang ada. Universiti beri peluang untuk anak muda sekarang.
Saudara azam, ketua pemuda umno kelantan: Kita selalu dimomokkan perkara negatif dalam satu satu isu yang timbul. Kita perlu peka. Kaedah penyampaian dan penerima harus selaras. Adakah penyampaian isu itu dari parti politik atau kerajaan?(sebenarnya bagaimana nak bezakan isu ini).
Bagaimana hukum hudud dilaksanakan dari segi perlembagaan?
Prof agus: tppa memberi perkara yang malaysia dikecualikan dan tidak terikat dengan perjanjian. Buruh dalam chapter 9. Hak buruh dipertahankan, kebajikan buruh dipertahankan. Gaji minimum dikekalkan. Haramkan force labour, buruh bawah umur. Pergerakan pembangkang masuk untuk excrete explaination berkaitan isu semasa, adalah latihan politik dan berkempen dengan baik. Setia pada parti, pemilihan rasional dan pendekatan sosiologi... Adalah ukuran untuk berubah dalam sesuatu politik kerana politik ini dinamik. Melompat-lompat dalam parti tidak menjadi satu isu. Sukarno mencari populariti bukan organisasi menyebabkan dia dijatuhkan rakan-rakan partinya. Enakmen kanun jenayah syariah 2 pada tahun 1993, tapi mahathir tolak kerana hudud ini parti PAS hanya untuk orang islam sahaja, bukan untuk malaysia. Hudud untuk komoditi politik, sedangkan hudud untuk semua orang. Halangan? Akta negeri tidak boleh menghukum melebihi akta negara. Kecuali mengubah perlembagaan. Agama sepatutlah bukan menjadi komoditi untuk parti politik.
6 februari 2016, Sabtu
Ceramah pertama pagi ini adalah dari ustaz rujhan abdul rahman. Tajuk, POLITIK ORANG ISLAM. Pendakwah bebas.
Surah al baqarah ayat 111: ada bukti untuk bercakap benar. Setiap pekerjaan bergantung pada niat. Untuk faham topik pada pagi ini. Politik sinonim dengan kuasa, kepimpinan, persaingan dan tindas menindas. Ada metod kempen. Ada cara baik ada cara kotor. Ada rasuah. Islam itu ad deen, akidah (syahadah), syariat (hukum), cara hidup dan syumul. Sekular bermaksud agama dan dunia dipisahkan. Guna politik untuk meninggikan islam bukan sebaliknya. Maqasid syariah ada 5 objektif syarak atau prinsip asas islam menjaga agama (elak murtad), nyawa, akal, nasab atau keturunan dan harta. Pas guna agama untuk raih undi? Ustaz dasuki cakap, kita kena guna agama. Sembayang, berkeluarga pun guna agama. Cn al-afghani cuba bunuh tun dr mahathir, akhirnya minta maaf. Bukunya "kafirkah aku?". Besut 1990-an ada dua iman dalam satu masjid. Kafirkan ahli keluarga kerana berbeza fahaman politik. Nikahkan semula anak akibat taksub dengan amanat haji hadi. 1500 nikah semula hulu besut, solat jemaah berimamkan radio di pasir puteh kerana menganggap imam kampungnya kafir, amanat menyebabkan peristiwa mamali, baling pada november 1985 dikatakan 14 orang mati syahid. Syahid atau bugha? Amanat haji hadi pada 7 april 1981 tentang kekalkan perlembagaan penjajah, kekalkan undang- undang kafir. 2008 haji hadi mengaku terima perlembagaan persekutuan melibatkan hudud yang dipisahkan dari federal dan kedudukan islam. Pemimpin pas semuanya ulama sejak 1951. Nik abduh halang kegiatan bidaah, ambil tanah kubur nik aziz untuk tujuan keramat. Ba'iah yang dilafazkan iaitu talak tiga benar bermaksud dengan nama allah jatuh talak tiga kepada isteri jika keluar dari parti. Cagar isteri satu penghinaan. Kena rujuk mahkamah syariah. 1990 hingga 2016, janji 26 tahun? Janji manifesto 1990; Peluang pekerjaan kepada anak muda, Jawatankuasa hisbah istihar harta wakil rakyat, tapak rumah kepada askar pencen dan rm 100 warga emas sebulan. Jambatan palekbang pada 1996. Projek perlabuhan sti tujuh tumpat 1997. Stadium berkolam renang tertutup beliawanis janji 2004, projek koridor depu, terminal bas bersepadu kubang kerian, rumah mampu milik, bandar baru dabong, 2012 lebuhraya kuala krai ke kota bahru tanpa tol (macam senang ja buat jalan raya), stadium di bukit merbau, pasir putih pada mac 2012, keretapi laju 1 jam kota bharu ke kuala lumpur (diketahui 300 km sejam di china), dan hudud di kelantan. Baca as-saff ayat 2-3.
Perang persepsi menggunakan revolusi media. Joshua wong dari china pengasas umbrella revolusi tidak boleh masuk malaysia, tapi dap terima dia. WMD banned weapon di iraq, tapi white house tidak dapat bukti sahih. Malaysia; fitnah 24 juta cincin rosmah mansur tapi rafizi tarik kenyataan kata bergurau dan disaman mahkamah, ustaz azhar idrus berpengaruh tuduh pm najib sonap duit rakyat, felda bangkrap, felda jual minyak sawit kepada israel tapi tidak dapat dibuktikan. Untuk kekalkan kedaulatan islam di negara malaysia, kena capai 2/3 iaitu 148 kerusi dari 222 kerusi di parlimen. Susah capai matlamat jika tidak ada bersatu padu. Aisyah RA ditanya...bilakah manusia mula menjadi jahat. Jawapnya, bila dia merasa dirinya baik.
PERASMIAN PEMBUKAAN oleh Yb datuk hj ahmad jazlan bin hj yaakub, timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah. Universiti malaysia kelantan dibangunkan oleh yb dato sri mustapa muhamed, penaung HIMSAK kebangsaan. Kesalahan besar adalah tidak melaksanakan amanat, tidak usahakan sesuatu. Kita semua dalam perjalanan dalam mencari keredhaan allah, ada matlamat kenapa kita sertai program kursus ini. Apa yang kita perlukan? Apa yang kita belajar, kita akan terjemahkan untuk mencapai kesenangan hidup di masa akan datang. Kekuatan orang melayu saja yang boleh menjamin kehidupan orang melayu.
SESI SOAL JAWAP:
Kejatuhan matawang negara boleh jatuhkan negara? Kelembaban ekonomi dunia dan status negara pengeluar komoditi melibatkan kejatuhan harga minyak, arab saudi ada lebihan minyak, harga komoditi minyak 23 dolar satu tong mempengaruhi penstrukturan semula bajet 2016 diselamatkan oleh gst, kuasa beli negara kita masih tinggi, termasuk kuasa trading melibatkan negara china.
Kos sara hidup dari mara dan yuran pengajian dari ptptn untuk pengajian swasta KPTM? 2 billion sudah disediakan untuk pengajian disediakan oleh kerajaan. Ada kemudahan rebat untuk beberapa program. Ada usaha untuk dapatkan pinjaman bank untuk pengajian.
Peluang kerja untuk usahawan muda? Apa langkah untuk baiki ekonomi sedia ada? Negara kita paling banyak penjawat awam. Jerman adalah negara maju, 20 tahun lalu disuruh belajar ilmu vokasional. Sekarang negara ini ada kemahiran dan pengetahuan. 85 peratus peluang kerja sebagai kebolehpasaran negara untuk kemahiran vokasional, giatmara. Negara kita boleh jadi hub untuk pendidikan kemahiran. Education tourism sebagai satu peluang. Usahawan muda kena pergi ke kursus MARA. Soal kerjaya adalah soal kreatif. Bagaimana kita letak diri kita dalam dunia kompetetif. Keterbukaan dalam pasaran. Mana yang baik dalam ekonomi antara sosialis dan kapitalis lebih baik mix-ekonomi. Subsidi pendidikan untuk universiti awam tinggi, kita bayar tidak sampai 20 peratus. Orang melayu takut risiko dalam perniagaan. Upgrade produk untuk ceburi diri. Sebab manusia tidak pernah puas. Tapi untuk mencapai sesuatu perlukan proses dan masa yang panjang.
Quran dan hadis sebagai rujukan untuk menggubal undang-undang sedia ada. Undang-undang ini tidak akan bertentangan dengan islam. Perkara 3 islam adalah agama persekutuan. Bukan agama rasmi. Islam tidak boleh jadi agama negara. Siapa yang menjadi melayu harus pandai cakap melayu, faham melayu, dan beragama islam. Urusan seri paduka baginda;untuk jaga orang islam dan bukan islam dalam negara, ketua negara sudah lafaz ikrar akan jaga negara. Jepun buat perniagaan homestay dunia. Key in data di internet. Akta 355 akta jenayah syariah iaitu 3 tahun penjara, denda 5 ribu dan 6 sebatan adalah hukuman mahkamah paling tinggi (Kod 356). Untuk ubah undang-undang atau enakmen dalam kerajaan kena ada persetujuan 9 orang raja negara. Prof agus kata, ada halangan untuk buat, tapi tidak menolak hudud. Perkara 8 fasal 1 iaitu elak diskriminasi melibatkan perlaksanaan hudud dituntut oleh MCA. 136 kerusi pada masa kini untuk ubah undang-undang masih tidak cukup 2/3 kerusi parlimen. Hudud adalah komoditi politik. Hudud untuk cegah jenayah. Hudud dalam kanun jenayah boleh tapi kena ada practical will. Anak muda perlu Menjunjung ilmu untuk berpolitik di masa depan.
Berprogram untuk luaskan networking anak muda. Hok kita suka buke benda come untuk kita. Umk satu hub untuk bangunkan negeri kelantan, gerakan usahawan muda di negeri kelantan melibatkan perniagaan dan peluang. Contohnya, peluang kerja untuk golongan pengangguran. JANGAN KITA ADA PELAJARAN TAPI TIDAK ADA ILMU.
Makan tengah hari adalah nasi putih, ayam masak merah, bilis goreng dan sedikit kobis goreng. Ke kedai roti muhibbah, beli donut. Dalam bilik, makan lagi donut. Sedap weh.
Program seterusnya ceramah FITNAH MEDIA SOSIAL: MEDIA SOSIAL DAN ISU SEMASA KELANTAN oleh en mohd zakri mohd zaki, penolong pegawai penyelidik Badan perhubungan umno negeri kelantan(BPNK). Dato mustapa@ pa dituduh sebagai pengkhianat negeri kelantan. Stadium sultan muhammad iv dibina pada 1964, diberi peruntukan oleh kerajaan. Kolum internet Sokmo.net tentang sejarah stadium, banjir bah merah dan kuning, persoalan hak rakyat kelantan dan projek dalam negeri di kelantan dinafikan, hak royalti dinafikan, isu air bersih. Wang peruntukan kerajaan persekutuan kepada negeri terus kepada akaun kerajaan negeri. Apabila kerajaan negeri kurang duit untuk bayar gaji kepada penjawat kerajaan dia boleh mohon peruntukan kekurangan akaun mengurus. Kerajaan negeri kelantan lemah dalam mengurus hasil negerinya sendiri. Rancangan malaysia ke 9 1407 projek dan rancangan malaysia ke 10 adalah 715 projek, dengan peruntukan rm 11.536 billion telah dilaksanakan menolak dakwaan PAS mengatakan 118 projek ditolak oleh kerajaan persekutuan. Faham tugas senarai negeri, senarai persekutuan dan senarai bersama. Kutipan cukai persekutuan di kelantan dibandingkan dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk kelantan dengan Nisbah Rm 1: Rm 15, kutipan cukai di negeri kelantan tidak berjaya dikutip wajar dibayar oleh anak syarikat kerajaan negeri menggunakan komoditi sawit, getah dan balak. Keadaan sifar pembayaran menyebabkan kerajaan negeri boleh memohon peruntukan kekurangan akaun mengurus. Pembalakan adalah hasil bumi kelantan. Pembalakan masih berlaku sebulan selepas banjir kuning, januari 2015. Kerajaan negeri tidak hentikan pembalakan. 500 ekar mukim relai, gua musang. Ada pajakan 66 tahun dari syarikat luar, bermula dengan yayasan al khariah jan 2008 untuk rumah anak yatim, etika gangsa s/b 17 april 2008, kepada mwe holding berhad pemiliknya tan king hua iaitu 30 april 2008. Balak di alibaba kan. Kenapa projek ini tidak diopen tender. Syarikat ini kemudian dijual kepada billionarie tan sri surim, thailand. Catuan tebangan tahunan oleh jabatan perhutanan tidak pernah diikuti mengikut timb menteri besar kelantan. Lesen tertakluk kepada pihak berkuasa negeri. Catuan termasuk hutan simpan 623, 849 hektar. Tidak termasuk dengan ladang hutan(TLC), hutan untuk lombong dan kuari. Tan sri hj mohamed yaacob, dalam pemerintahan 1978-1990 adalah menteri besar terbaik kelantan. Apa yang ada di kelantan sekarang adalah hasil pemerintahan barisan nasional. Kondominium 400 k seunit yang bakal dibina ada usahasama dengan syarikat swasta yang pentingkan keuntungan. Tan sri tidak pernah menyeleweng hasil pembalakan. 1981, kerajaan negeri ambil semula 34 k hektar tanahdi ulu kelantan yang dipajsk kepada tiga syarikat konsesi balak. Kilang elektronik pertama di lundang, 1980. Beri peluang pekerjaan. Siapkan lebuh raya jeli ke gerik.
Sesi latihan dalam kumpulan. Peserta dibahagi kepada kumpulan berdasarkan daerah dalam kelantan. Aku di bawah daerah bachok. Aktif di universiti, belajar tentang soft-skill, mahir dalam penulisan rasmi, berprogram sana sini, semasa temuduga result mesti 3.00 CGPA, penglibatan di universiti. Himsak bergerak bersama kepimpinan masa kini. Kemudian, setiap kumpulan disuruh buat persiapan untuk persembahan malam nanti. Kumpulan kami akan buat persembahan koir dengan cara membawa lagu warisan nyanyian arwah sudirman. Latihan koir yang sememangnya ke laut... Makan malam agak lewat. Tak puas ratah daging kambing. Aishh... Perut 'anak gajah' memang macam ni. Malam ni kami selesai buat persembahan koir, walaupun captir. Malam ni juga banyak orang hebat mari dalam majlis. Orang kuat dalam himsak, orang kuat dalam politik umno, dan tidak kurang juga dalam politik malaysia.
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLEH YB DATO SRI MUSTAPA MOHAMED. Ucapan abe ja, presiden himsak kebangsaan: alhamdulillah ramai yang hadir, dato pa dari oversea sanggup datang ke program malam ini. Program ini melatih anak muda politik yang sihat. Orang yang percaya pada fitnah, boleh merosak negara. Dato pa adalah pengasas himsak, yang mahu tubuhkan umk, seterusnya di masa depan, akan ada program kerjasama himsak dan umk untuk anak muda belajar menjadi yang terbaik. Dato pa pakar ekonomi first class dari universiti melbourne. Dato pa tidak akan menggadaikan negara sesuka hati.
Dato dr murtaza ayahanda umk: dato pa banyak bangunkan negara. Kerajaan negeri hanya mahu menjadi kerajaan saja, bukan bangunkan rakyat negeri kelantan. Universiti catalyst membangunkan negara. Umk fokus kepada pertanian , bisnes dan warisan. 2007 pelajar pertama umk, dato pa sendiri turun padang check fasiliti di asrama. Sebagai menteri , dato pa paling berjaya sebab dia prihatin dengan rakyat terutama anak muda kelantan. Zaman sekarang adalah zaman luar biasa, dipelopori ahli sihir yang sembunyikan beberapa perkara. Ada benda yang tersembunyi yang perlu kita tahu sendiri, kita kena yakin dengan apa yang cuba dato pa buat.
AMANAT DATO PA: abe ja aktif dalam himsak, mengekalkan ukhuwah dan kekitaan dalam persatuan. Saya berusaha beri dorongan kepada persatuan himsak semua ipta dalam negara. Himsak ada pemimpin hebat yang kekalkan kelangsungan persatuan. Ini lah taburan halaqah untuk mendidik anak muda menjadi pemimpin yang terbaik di dalam negara. Saya fokus dalam tppa sejak kebelakangan ini. Tabung haji difitnah oleh rafizi, mengatakan tabung haji tidak ada duit. Arab saudi beli kapal selam, kapal terbang dari amerika bermakna semua negara di dunia ini saling memerlukan. Beli barang bukan maksud dijajah negara asing. Kita tidak mampu cipta lagi peralatan canggih seperti kapal terbang, kapal selam dan kereta kebal. Ini realiti. Realiti umat islam berpecah yang sebenarnya menjadi isu. Bukan berkait dengan jual beli barang asing kononnya menjual negara. Kita mahu mahasiswa yang bertaraf global, ada hubungan dengan universiti lain. Ubah persepsi peribadi tentang orang melayu ini bodoh dan tidak mahu berubah. Saya sudah berjumpa dengan orang malaysia yang berjaya. Kita tidak boleh tahan perubahan dunia. Kewujudan e-selling seperti alibaba.com banyak mengubah persepsi tentang perniagaan masa kini. Umk adalah enterpreneur hub.
Tppa itu "tak paham pembangkang auta..."
7 Februari 2016
7 Februari 2016
Bertolak dari umk pukul 9.20 am ke kilang budu. Pukul 2.00 petang, dijangka selesai. Sepanjang perjalanan dalam bas, disajikan dengan lagu saleem. Lagu-lagu yang best dan penuh nostalgia. Di kilang, hanya dapat tengok proses packaging budu saja. Proses memasak dan tempat perapan tidak dapat disaksikan disebabkan faktor hygience dan keselamatan. Aku beli budu new package satu dozen. Balik ums, boleh lah makan budu. Tapi, harus siap menyediakan bahan sampingan seperti tempoyak, petai segar(atau yang diperap), dan lada segar. Semoga saja berusaha aku packing semuanya. Selepas ini ke pengkalan kubor, pasar bebas cukai. Masalahnya dalam tangan aku cuma ada rm 20.00 saja. Stress tak dapat beli beg tangan. Acara tamat pukul 2.00 petang.
No comments:
Post a Comment