Total Pageviews

Tuesday, 1 November 2016

Siri 1.0 WUJUDKAH SISTEM AMARAN KEBAKARAN DI KOLEJ KEDIAMAN DAN FAKULTI?


Ini bukan rubbish confession ye. Sis tak nak lah merapu riban mengadu soal hati, crush sana sini... sebab semua itu dunia saja. Realitinya? Ni sis nak cerita sikit. sejak tahun satu duduk di kolej kediaman ni, sis tak pernah nampak sebarang anjuran seminar kebakaran atau bencana, atau sebarang latihankebakaran  di buat di peringkat universiti mahupun bahagian kolej kediaman. (Kalau ada pun, berapa kerat je dapat join??) Malahan masa minggu suai mesra ke, minggu seerat salam ke... tak ada pula slot yang sentuh bab sistem amaran di kolej kediaman mahupun peringkat fakulti... apa yang sis tahu kan, tentatif program sama dan sesi tepuk amai2 yang diulang tayang setiap tahun. Rasanya kalau ditanya setiap student ums ni... mana nak lari kalau tiba2 kebakaran berlaku di asrama ke, fakulti ke (kita ada 10 fakulti, pelan setiap fakulti mesti berbeza) rata rata semua student akan angkat bahu... bukan apa.... takut je kalau tiba-tiba ada kes kebakaran berlaku, sis sendiri pun tak tahu nak lari ke mana... terjun bangunan kot? Over!Batch baru MPP dan jakmas sekarang pleaselah... take note benda ni. Kalau nak harap student google langkah2 kecemasan ketika berlaku kebakaran, macam mana nak guna alat pemadam api, anak buah sis yang darjah 5 tu pun boleh buat. Malang tak berbau kan? 

Jangan kecam student yang duk bawa rice cooker, kalau kesedaran  tentang bahaya kebakaran dan praktikal pencegahan di kolej kediaman mahupun tempat belajar tidak pernah diberi perhatian kursus. Kalau setakat ceramah saja mungkin masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Lekat pelan tindakan kecemasan di mana mana board pun tak bagus sebab orang kita ni mana suka membaca. Eh! Ada kaitan ke? Tak tahu. Mungkin ada yang kecam, bab ini tidak ada dalam sillabus pembelajaran.. tak bantu pun dapat dekan... tapi, kita manusia yang selalu buat silap kan? Api kecil disangka kawan bila besar abang sado bomba pun datang, terus ku jatuh cinta! 


No comments: